Monday, 10 December 2012

Koperasi KOperkimKL



PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan telah menubuhkan sebuah koperasi yang dinamakan: Koperasi PERKIM Kuala Lumpur Berhad, ringkasnya: KoperkimKL.

Melalui koperasi tersebut PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan mengharapkan supaya aktiviti ekonomi dikalangan ahli-ahlinya dapat digemblengkan untuk manfaat bersama.

Pada ketika ini aktiviti yang dijalankan oleh koperasi melibatkan pelaburan di Bank Rakyat, mengedar risalah, mencetak buku dan jualan barang-barang keperluan pejabat.

Pihak koperasi mengalu-alukan penyertaan ahli-ahli PERKIM, khusunya yang bergiat aktif di Wilayah Persekutuan untuk menjadi anggota koperasi.  Untuk keterangan lanjut, ahli-ahli PERKIM Wilayah Persekutuan boleh menghubungi setiausah koperasi melalui alamat berikut:




Logo Koperasi PERKIM Kuala Lumpur Berhad


Koperasi PERKIM Kuala  Lumpur Berhad
Aras 16, Bangunan PERKIM, 
Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.        
Tel/Fax: 603-40434801         
Emel: koperkimkl@yahoo.com 
Web: http://koperkimkl.blog- spot.com

No comments:

Post a Comment