Wednesday, 3 July 2013

MKM: Potensi Perkhidmatan Teksi Dan Lori


MKM Atau Maktab Koperasi Malaysia melalui Pusat Keusahawanan Koperasi Dan Peruncitan (ReCent)nya telah mengadakan Bicara Profesional: Potensi Perkhidmatan Teksi dan Lori Dalam Menjana Pendapatan Koperasi di Selesa Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, pada 2 Julai 2013M bersamaan  23 Syaaban 1434H (Selasa).

Program separuh hari itu telah dimulai pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 2.00 petang.

Perasmian telah disempurnakan oleh: Puan Norwatim Binti Haji Abd. Latif, Timbalan Ketua Pengarah (Akademik), Maktab Koperasi Malaysia.

Makala pembentangan kertas kerja dimoderatorkan oleh: Tuan Haji Hassan Bin Ahmad, Pengarah Pusat Keusahawanan Koperasi dan Peruncitan, Maktab Koperasi Malaysia.

Kertas pertama bertajuk: Keperluan Perlesenan Untuk Kenderaan Barangan dan Kenderaan Penumpang  bagi pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah disampaikan oleh:  , dan pembentangan kertas kedua bertajuk: Pengurusan Operasi Perkhidmatan Teksi; Isu Dan Cabaran oleh: Setiausaha Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya Berhad, .

Melalui program seumpama itu diharap beberapa kekeruhan yang berbangkit dapat dirungkaikan dan tindakan susulan wajar dilakukan oleh pihak yang terlibat.

Telah selamat berseminar.

Tahniah dan terima kasih kepada MKM.







No comments:

Post a Comment