Monday, 8 July 2013

PERKIM: Program Ambang Ramadan


PERKIM atau Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia peringkat Kebangsaan telah menganjurkan Program Ambang Ramadan dengan tema: Majlis Penganugerahan Pelajar Terbaik & Forum Saudara Muslim Sempena Ambang Ramadan, dua hari berturut-turut pada 6-7 Julai 2013M bersamaan 27-28 Syaaban 1434H (Sabtu dan Ahad) di Surau Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Bersempena program tersebut, PERKIM Kebangsaan telah menjadualkan beberapa pengisian bagi memenuhi aturcara selama dua hari itu:

Pada 6 Julai, pukul 8.30 pagi dimulai dengan sambutan dan ucapan alu-aluan diikuti dengan ceramah bertajuk: Puasa Seorang Muslim oleh: Ustaz Mohd Yusof bin Johan dan sesi soal jawab.

Pada sebelah petangnya pertandingan Azan, Kuiz dan Tilawah al-Quran.

Keesokannya, 7 Julai, pukul 9.00 pagi majlis dimulai dengan ucapan aluan kemudian disusuli dengan Forum Perdana Ambang Ramadan dengan tajuk: Memperkasa Saudara Muslim Kearah Insan Bertakwa yang menampilkan: Ustaz Muhammad Ibrahim sebagai moderator. Ahli panel: Ustaz Ridzuan   Rahmat Ad-Dimasyqi dan Ustaz Zulkifli Ahmad diikuti dengan sesi soal jawab.

Pada tengah harinya, kelmarin, majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh: Datuk Haji Hasbullah bin Lebai Isa, Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM merangkap Pengerusi Surau Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Tahniah dan terima kasih Datuk.


Marhaban Ya Ramadan. 
Selamat Datang Ramadan Dan Selamat Menunaikan Puasa.


Semoga amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.. 
Amin Ya Rabbal Alamin.










No comments:

Post a Comment