Friday, 9 August 2013

Aidilfitri: Catatan seharian meraikan kedatangan aidilfitri


Salat subuh

Sekitar pukul 5.13 pagi, bangun dan mempersiapkan diri untuk salat subuh berjamaah di surau. Selesai salat balik rumah. Kemudian bersiap-siap pula untuk  pergi ke masjid untuk menghadiri salat aidilfitri.


Salat aidilfitri

Sekitar Pukul 8.05 pagi, pergi ke masjid untuk bersama-sama kaum muslimin salat aidilfitri. Bersama-sama jamaah dan tuan imam takbir aidilfitri. Apabila jam menghampiri pukul 8.45 pagi taklimat dan salat aidilfitri bermula.  Selesai salat aidilfitri imam membaca doa untuk kesejahteraan hadirin dan kaum muslimin sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.


Khutbah aidilfitri

Sekitar pukul 9.02 pagi, setelah imam selesai membaca doa, khatib menaiki mimbar. Imam dan khatib adalah orang yang berbeza. Dalam khutbahnya, khatib mengajak kaum muslimin bertakwa, bertolongan-tolongan dan bermaafan sempena aidifitri yang mulia.


Jamuan aidilfitri

Sekitar pukul 9.37 pagi, setelah selesai khatib berkhutbah, jamaah menjamu selera yang disediakan oleh pihak masjid: lemang berlaukkan daging rendang dan nasi himpit berkuahkan kacang.


Bermaaf-maafan sesama muslim

Sekitar pukul 10.20 pagi, setelah selesai menjamu juadah di masjid, menziarahi jiran yang berhampiran rumah sebagai tanda kesyukuran sempena aidilfitri.


Salat Zuhur

sekitar pukul 1.15 petang, pergi ke masjid salat zuhur berjamaah.


Salam aidifitri

No comments:

Post a Comment