Monday, 9 September 2013

Sheikh Khatib: Apa yang berlaku di Mesir adalah konspirasi terhadap Islam



Sheikh Khatib: Apa yang berlaku di Mesir adalah konspirasi terhadap Islam
by admin • August 29, 2013 • 
  
Khamis, 29-06-2013 - Sheikh Kamal Al-Khatib, timbalan ketua gerakan Islam Palestin melahirkan keyakinan beliau yang Mesir akan memulihkan kestabilan dan menyingkirkan pemerintahan tentera yang zalim sekali lagi akan datang.

Sheikh Khatib memberitahu Quds Press, pembunuhan beramai-ramai yang telah dilakukan terhadap orang awam dan penyokong gerakan Islam di Mesir sudah dijangka kerana pemimpin rampasan kuasa mengetahui pengunduran mereka bermakna rampasan kuasa akan gagal dan dengan sebab itu mereka tidak mempunyai pilihan selain melarikan diri dari Mesir atau dibicarakan.

Sheikh Khatib menambah penunjuk perasaan pro-Morsi pula tahu pengunduran mereka dari jalanraya bermakna kedatangan pemerintahan tentera zalim di Mesir yang sudah berlanjutan selama 60 tahun semenjak zaman Jamal Abdul Naser.


Penterjemah : hijjaz

No comments:

Post a Comment