Monday, 28 October 2013

Golongan Manusia


Manusia dikategorikan kepada tiga golongan, iaitu:

1. Golongan menzalimi diri sendiri
2. Golongan pertengahan
3. Golongan melakukan kebajikan

Keilmuan islam diwariskan kepada golongan yang ingin dan bercita-cita melaksanakan peraturannya, melebarkan ajarannya dan tetap pendirian mereka. Golongan tersebut adalah mereka yang melakukan kebajikan.


Golongan  pertama yang dinyatakan adalah  adalah mereka yang menzalimi diri sendiri kerana melakukan dosa dan berterusan melakukan dosa-dosa.

Golongan kedua adalah  mereka yang melaksanakan perintah-perintah yang fardu dan meninggalkan perkara-perkara yang haram  tanpa melakukan amalan-amalan sunnah dan memendang ringan perkara-perkara yang harus.

Golongan ketiga adalah mereka yang melakukan perkara-perkara fardu dan sunnah. Mereka melazimkan melakukan kerja-kerja kebajikan.


No comments:

Post a Comment