Monday, 2 December 2013

Ucapan Takziah Atas Pemergian Allahyarham Datuk Haji Fauzi Shaari


Allahyarham berbaju putih
dalam kenangan
Ucapan takziah kepada keluarga dan seluruh sahabat handai Allahyarham Datuk Haji Fauzi Shaari (bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM) atas pemergian Allahyarham ke Rahmatullah pada 1 Disember 2013 / 27 Muharram 1435, sekitar  jam 8.17 malam di Hospital Selayang, Selangor Darul Ehsan.

Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang besar kepada negara. Allahyarham disifatkan sebagai sebutir permata yang bersinar dan banyak memberikan sumbangan yang besar kepada negara melalui Polis DiRaja Malaysia. Pada akhir hayatnya, beliau terlibat aktif dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kami bagi pihak PERKIM Cawangan Lembah Pantai Kuala Lumpur, mengucapkan dan sekalung penghargaan di atas sumbangan yang sangat berharga beliau kepada negara kita. Marilah kita sama-sama berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Kepada keluarga Allahyarham, moga tabah atas ujian oleh Allah s.w.t. di atas pemergian Allahyarham.

Al-Fatihah.


No comments:

Post a Comment