Sunday, 26 January 2014

AWASI PERGERAKAN ANDA



Dunia ini kecil. Dunia ini juga besar. Besar dan kecilnya dunia ini berdasarkan kepada fahaman seseorang. Dunia ini kecil kerana pergerakan kita dalam kawalan Allah s.w.t..  Di  mana sahaja, kapan jua, apa lagi yang kita lakukan senentiasa di bawah pengawasan; di rumah, pejabat, kedai, pasar, jalanan, lautan, udara, medan peperangan/pertempuran, demontrasi jalanan hatta di dalam bilik sempit kita senentiasa dalam pengawasan dan kawalan Allah s.w.t.. 

Maknanya pergerakan kita senentiasa di awasi.

Nun jauh di Artik atau Antartika, di dasar laut dan udara, kita juga dalam pengawasan. Jika di kawasan-kawasan yang terpencil dan sukar diteropong pun kita masih dalam pengawasan Allah s.w.t., maka wajarkah kita berkelakuan tidak senonoh?: Merancang kejahatan, melakukan tipu helah, mencelakakan seseorang, menidakkan hakmilik orang lain atau menghalalharamkan perintah Allah s.w.t. menurut fahaman dan hawanafsu kita.

Kini, kita bebas melakukan sesuatu kerana ruang kebebasan terbentang luas; seluas saujana mata memandang, bebas melakukan apa sahaja; bebas melakukan aktiviti sosial, bebas bergerak, bebas melakukan ibadat dan bebas dalam kehidupan -  bebas melakukan perkara-perkara halal atau haram.

Tetapi adakalanya kebebasan itu diragut oleh ‘keadaan’ disebabkan oleh peredaran zaman, dirogol kerana kebebasan yang dimiliki tidak dibajai oleh keimanan dan dihapuspunah kerana kegilaan oleh orang yang tidak siuman kerana kebebasan itu tidak mutlak.

Kuasa mutlak milik Allah s.w.t. tidak dipadukan dalam kehidupan.

Kebebasan pula berbeza-beza di antara individu dengan individu yang lain, seperti:
Kebebasan kanak-kanak berbeza dengan kebebasan remaja,
Kebebasan remaja berbeza dengan kebebasan pemuda,
Kebebasan pemuda berbeza dengan kebebasan orang dewasa,
Kebebasan orang dewasa berbeza dengan kebebasan wargatua,
Kebebasan wargatua berbeza dengan kebebasan orang nyanyuk,
Kebebasan orang nyanyuk berbeza dengan kebebasan kanak-kanak,
Kebebasan suami berbeza dengan kebebasan isteri,
Kebebasan orang berani berbeza dengan kebebasan orang penakut,
Kebebasan orang kaya berbeza dengan kebebasan orang miskin,
Kebebasan orang kuat berbeza dengan kebebasan orang lemah.
Kebebasan orang cerdik berbeza dengan kebebasan orang bodoh dan
Kebebasan pemerintah berbeza dengan kebebasan rakyat.

Yang penting ialah awasilah pergerakan kebebasan anda.






No comments:

Post a Comment