Thursday, 1 May 2014

MOHON MAAF DALAM ISU TRAGEDI





Presiden Korea Selatan mohon maaf kerana kesalahan yang dia tidak lakukan. Tanggungjawabnya sebagai pemimpin meluahkan tanda simpati dalam bersamaan dengan rakyat terutamanya kepada waris-waris dan ibu bapa yang mengalami tragedI feri Sewol karam pada 16 April 2014  ( Rabu )

Manakala tragedy MH370 yang disorok oleh dajal pada 8 Mac 2014 (Sabtu) sepi sayu seperti ada agihan faraid yang sedang dibincangkan dalam bilik tertutup. Pembahagian dalam bentuk:-





1.      Campur, campur-campuran kerana kerja lebih masa.
2.      Tolak, tolakan-tolakan kerana kurang agresif beri kerjasama.
3.      Bahagi, membahagi-bahagikan harta bumi.
4.      Darab, menganda-gandakan kerana kerja keras.



----------------------

PRESIDEN KOREA SELATAN MINTA MAAF


SEOUL 29 April - Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye memohon maaf kepada rakyat berhubung tragedi feri Sewol yang karam di kawasan perairan selatan negara ini, dalam satu kenyataan kepada Kabinet negara ini, yang disiarkan menerusi televisyen Korea, hari ini.

Geun-hye berkata, kerajaan gagal untuk mencegah bencana itu dan tidak cekap dalam melaksanakan tindak balas kecemasan.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk meminta maaf atas kegagalan untuk mencegah kemalangan itu daripada berlaku dan tindak balas kecemasan yang tidak mencukupi.

“Saya meminta maaf kepada rakyat dan sedih atas kehilangan banyak nyawa yang amat berharga,'' katanya, sebagaimana dilaporkan portal BBC.

Permohonan maaf Geun-hye dibuat di tengah-tengah kemarahan dan kritikan orang ramai berhubung kemalangan itu dengan kebanyakan mangsa merupakan pelajar dari sebuah sekolah tinggi di sini.

Dalam kejadian pada 16 April lalu, feri Sewol yang membawa 476 penumpang karam di perairan berhampiran Kepulauan Jindo dengan 174 orang berjaya diselamatkan, manakala hampir 200 mayat berjaya dikeluarkan dari feri itu setakat ini.

Geun-hye pada masa sama berkata, beliau bercadang untuk mewujudkan sebuah kementerian baharu bagi mengendalikan kemalangan pada skala besar pada masa depan, lapor agensi berita Korea, Yonhap.































No comments:

Post a Comment