Saturday, 17 May 2014

UNSUR KEBAIKAN DAN KEJAHATAN



Allah s.w.t. adalah pencipta alam ini. Allah s.w.t. berkuasa di atas segalanya. Bukan sahaja berkuasa sebelum manusia dijadikan, ketika pembenihan, lahir ke dunia dan sesudah mati.  Semua kekuasaan itu mutlak milik Allah s.w.t. Allah s.w.t. mencipta manusia terdiri daripada unsur-unsur kebaikan dan unsur-unsur kejahatan.

Dalam unsur-unsur kebaikan tidak memerlukan kepada hukuman atau dendaan tetapi dalam unsur-unsur kejadian jahat memerlukan pencegahan maka terdapat hukum-hakam di sana.

Unsur kebaikan seperti memberi salam, buat kebajikan, beri BR1M, beri bantuan badan-badan dakwah dan kebajikan, melakukan ketaatan agama, laksanakan hukum hudud, ikut perintah Allah s.w.t. yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang dipraktis oleh para sahabat r.a..

Luar  unsur-unsur kejahatan seperti memaling muka, perbuatan maksiat, langgar perintah penguatkuasa, memberontak kepada pemerintah - bughah, menentang perintah Allah s.w.t., berperangai iblis, bersekongkol dengan dajal melari dan menyorok pesawat MH370. 

Sikap melakukan kebaikan dan kejahatan itu adalah dibawah pengawasan diri manusia itu sendiri terutamanya apabila  ia berkuasa. Berikut adalah beberapa unsur-unsur kebaikan dan kejahatan:-


Contoh kebaikan:


  1. Member keutamaan kepada 5 unsur-unsur berikut:
    1. Agamanya.
    2. Nyawanya.
    3. Akalnya.
    4. Keturunannya.
    5. Hartanya.

  1. Merancakkan pertumbuhan ekonomi dalam negara supaya manfaat dapat dikecapi oleh rakyat. Keaktifan ekonomi menyumbang kepada kehadiran berbondong-bondong masyarakat antarabangsa melabur, mengadakan kerjasama pelaburan, menghantar rakyat mereka bekerja di sini atau individu berkaitan berminat di sini kerana potensi yang terbentang luas.

  1. Bersiapsiaga dalam penyediaan peralatan canggih, terkini dan jarak sasaran tepat bagi menghadapi penceroboh kerana kita memiliki harta. Lagi menarik jika kita boleh membina teknologi kendiri atau membuat pemindahan teknologi dan boleh dibangunkan semula untuk dikomersialkan. Peniaga yang cerdik, ia gunakan barangan terbaik dan yang selebihnya dijual atau difaraidkan sahaja. Allah s.w.t. suka  kepada umat Islam yang bersiapsiaga.

Contoh keburukan:


  1. Dajal dan rangkaiannya melari dan menyorok MH370 kerana ada agenda sedang dan akan berlaku. Dajal beranggapan bahawa dengan penyamaran melalui gelapan malam sukar dikesan. Sebenarnya mereka silap, orang Islam telah diajar cara-cara menentukan penyamaran dajal. Sedangkan semut hitam bergerak waktu malam gelap kelam di atas batu hitam dapat dikesan inikan pula pergerakan makhluk di bumi dan di angkasa raya. Jika tahun 60an kaedah ini digunakan munasabah. Tetapi era 'generasi Y'      berbeza.

  1. Perlakuan dajal dalam pengawasan CCTV.  Sebagaimana bank, kedai emas, gudang penyimpanan barangan berharga dan kawasan lapangan terbang disediakan peralatan pengawasan untuk melihat pergerakan individu yang mencurigakan. Kadang-kadang aksi dajal itu telah difahami tetapi untuk menjustifikasikan secara total dan tiada keraguan yang munasabah maka wajarlah dajal insaf dan bertaubat sebelum terlambat.

  1. Dajal  berleluasa  melakukan  kerosakan  kerana berselindung dengan harta, kuasa dan rangkaian sedangkan harta-harta yang sepatutnya difaraidkan kepada fakir miskin telah ghaib seperi garam mencair di dalam air laut, gas meresap dalam udara dan air hujan diserap oleh tanah gersang.








































































































































No comments:

Post a Comment