Wednesday, 13 August 2014

KECERDIKAN JAMAAH MENANGANI ISU-ISU SEMASA



Tahniah kepada Tuan Presiden Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, kerana teliti dalam membuat keputusan, bukan sahaja menurut saluran jamaah tetapi juga difikirkan munasabah dan wajar ditunggu oleh rakan-rakan PR dan pihak-pihak yang berminat dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor Darul Ehsan, untuk mendapatkan kenyataan tepat daripada jamaah.

Isunya: Jawatan.

Dalam isu yang bertaraf nasional, apatah lagi bertaraf negeri, banyak perkara-perkara yang jamaah terpaksa menahan diri daripada serangan-serangan rakan-rakan kerana tidak serasi dengan dasar jamaah walaupun telah dimaklumi oleh mereka.

Sekali-sekala gigitan seperti sengatan semut dan nyamuk itu, seakan terasa juga, tetapi oleh kerana telah dipersetujui terpaksalah bersabar, kerana kesabaran itu ada keimanan padanya.

Walau bagaimanapun, kesabaran itu ada pula had-hadnya.

Jika kita perhatikan jamaah-jamaah yang bercita-cita mendaulatkan Syariah Islam bukan sahaja di negara kita tetapi di seluruh dunia, pelbagai tribulasi yang mereka hadapi; ada yang menurut cara pemerintah, ada yang bersabar, ada yang bertegas, ada yang menentang, dan ada  bertindak balas. Semua itu adalah asam garam dalam dakwah.

Melalui kemelut isu jawatan Menteri Besar Selangor Darul Ehsan itu, akan terpampang di sana sifat keikhlasan, ketelusan, integriti dan pertanggungjawaban jamaah khususnya kepada Negeri Selangor Darul Ehsan dan peringkat nasional amnya.

Jika senario menyelesaikan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor Darul Ehsan dapat ditangani sebaik-baiknya, maka, rakyat Malaysia akan melihat di sana kehebatan  jamaah mendepani isu-isu semasa berprofail tinggi. Setelah itu tidak sukar bagi masyarakat memahami, meneliti dan ingin tahu lebih dekat untuk akrab bersama PAS.

Kenapa? Kerana rahmat untuk semua.

Tahniah kepada Tuan Presiden. Tahniah.














No comments:

Post a Comment