Monday, 27 October 2014

BAHASA JIWA BANGSA



Kempen Bahasa Kebangsaan yang dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka setiap tahun amat disanjung tinggi. Melalui Bahasa Jiwa Bangsa senentiasa dikumandangkan di RTM ketika menjelangnya kempen tersebut, sungguh dipuji jika tidak berhalangan, senentiasa dikumandangkan. 

Kepelbagaian aturcara disediakan sempena kempen itu dengan sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada pegawai-pegawai kerajaan, swasta, pelajar-pelajar asing dan masyarakat, terutamanya daripada pencinta-pencinta bahasa.

Pegawai-pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka pula, bukan sahaja terlibat dalam mengaturcarakan program-program kempen itu tetapi mereka juga turut beraksi dalam aktiviti-aktivitinya. 

Syabas diucapkan kepada mereka yang terlibat mengemudi program-program sepanjang kempen Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan sepanjang hayat. Tahniah. 

















No comments:

Post a Comment