Wednesday, 11 March 2015

SUARA-SUARA KETELUSAN MENEGGELAMKAN KEDAJALAN



Panji-panji kebenaran bertebaran berkibar-bibar di muka bumi. Manakala bendera kedajalan menyorok-nyorok kepalsuan di desa-desa terasing

Manusia dipegang pada janjinya melalui ikrar dan kata-katanya. Janji pula adalah ikrar dari lisan-lisan manusia yang terpancar dari akal fikiran dan perlakuannya. Jika ditepati benarlah ia. Jika diingkari dustalah ia. 

Jika benar, tepat dan telus ia adalah ikrar yang benar dan dibenarkan oleh orang-orang yang beriman dan para malaikat. Jika palsu, menyeleweng dan menipu ia adalah ikrar yang palsu dan diakuri oleh golongan dajal dan iblis.

Pertembungan antara kebenaran dan kepalsuan tidak akan bersekutu sama seperti air laut tidak akan bersekutu dengan air tawar, atau antara air dengan minyak tidak akan bercampur, berasingan dan tidak akan bersekutu. Berat akan tenggalam dan ringan akan terapung-apung. Arah timur dan barat, utara dan selat semuanya tidak akan bersekutu.

Islam menekankan supaya setiap individu wajib bercakap benar. Benar dalam kata-kata, benar dalam ikrar, benar dalam tindakan, benar dalam perbuatan dan benar dalam segala-galanya.

Apabila semua kelakuan-kelakuan itu benar, maka ia akan dibenarkan oleh semua golongan termasuk malaikat, orang-orang beriman dan individu berjiwa merdeka.

Mengapakah mereka membenarkan perkara-perkara yang benar itu? Kerana roh kebenaran telah tertanam di dalam akal naluri mereka; makhluk di langit dan makhluk di bumi semuanya mendoakan kerahmatan dan Allah s.w.t. memberkati mereka.

Apabila Allah s.w.t. melihat kehidupan seseorang maka Allah s.w.t. akan mengangkat martabat mereka bukan sahaja dapat dilihat di bumi tetapi di naungi oleh makhluk di langit.

Amin Ya Allah.

Allahu Akhbar.







No comments:

Post a Comment