Monday, 13 April 2015

MAJORITI NEGARA ISLAM TAK LAKSANA HUDUD! – KIT SIANG



Majoriti Negara Islam Tak Laksana Hudud! – Kit Siang
Posted on Saturday, April 11 @ 22:03:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Berita

KUALA LUMPUR“Majotiri negara Islam di dunia ini tidak melaksanakan hudud,” tegas Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Menurut beliau, tiada satu daripada negara berkenaan dianggap mana-mana pihak sebagai anti-Islam hanya kerana tidak melaksanakan undang-undang tersebut.

Justeru, dakwanya, rancangan PAS untuk membentangkan undang-undang hudud semata-mata bagi membentuk kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN).

“Majoriti negara Islam tidak melaksanakan hudud. Pastinya tiada sesiapapun mencadangkan bahawa kesemua negara Islam itu adalah anti-Islam.

“Rancangan kerajaan perpaduan menggunakan hudud secebis daripada usaha untuk menganggu PAS dan Pakatan Rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang yang bukan beragama Islam turut berhujah menggunakan nama Ulama tersohor, Sheikh Yusuf al-Qaradawi yang didakwanya menyatakan masalah dalam hudud kerana kesilapan melaksanakannya.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan akan tetap membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud di Dewan Rakyat.

Anggota Parlimen Marang itu berkata, keputusan berkenaan adalah muktamad dan parti itu tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan termasuk dari parti sekutu dalam Pakatan Rakyat.

– MYNEWSHUB.CC







No comments:

Post a Comment