Wednesday, 15 April 2015

OKU MILIK PEJUANG DAULAH ISLAMIYAH



Pejuang-pejuang
Namamu mengukir di awan tinggi melangit
Bergerak pantas mengatasi angin sepoi-sepoi bahasa
Lebih laju daripada tiupan angin waktu pagi
Kecepatannya melebihi panahan petir
Doa munajatnya melebihi kilauan kilat
Kerana engkau seorang mujahid
Permohonanmu dekat dengan Allah s.w.t.
Lebih dekat dengan urat halkum dan urat marikhmu.


Pejuang-pejuang
Bersamamu itu ada manusia doanya dimakbulkan
Kerana
Mulutnya terhindar dari perbuatan dosa-dosa
Mengumpat jauh sekali
Mencerca memang tiada
Menyakiti hati tidak terdengar
Memfitnah tiada langsung
Keran ia seorang bisu


Pejuang-pejuang
Sebarisan denganmu ada insan yang pekak
Apabila tembakan berlaku ramai kawan-kawan menutup telinga mereka
Namun sahabatmu yang seorang itu
Senyum sambil mengangkat ibu telunjuk tangan kanannya
Mengisyaratkan senyum sinisnya
Menunjukkan keyakinannya
Kerana ia
Insan yang pekak


Pejuang-pejuang
Nun berdiri disebelahmu seorang insan mengukir senyuman
Dalam hatinya penuh dengan keyakinan
Dosa matanya telah dihapuskan
Zahirnya buta
Tetapi
Akal dan jiwannya celik secerah matahari di tengah hari
Ia  lebih aulah daripada semua orang kafir
Ia lebih sempurna daripada semua golongan munafik
Ia lebih utama dari sahabat-sahabat melihat kemungkaran tetapi tidak mencegahnya
Ia lebih baik daripada umat Islam yang lalai
Kerana niatnya, tindakannya dan perlakuannya
Mewakafkan dirinya
Menjadi seorang mujahid.


Pejuang-pejuang
Menjadilah seorang OKU
Daripada menjadi U OK tetapi mendajal
Menjadilah manusia OKU cemerlang
Bukan anasir-anasir U OK merudum
OKU lebih baik dari U KO.


Menjadilah pejuang-pejuang OKU Daulah Islamiyah
Engkau diingati sepanjang zaman.












No comments:

Post a Comment