Friday, 10 April 2015

PENAMPAN-PENAMPAN MENDAJAL?




Dalam suasana dunia yang dikawal oleh manusia penyembah harta maka wajar masyarakatnya berhati-hati dengan gelagat-gelagat manusia tersebut. Dikhuatiri harta-hartanya itu digunakan untuk  menyesat manusia, mengkontaminasikan akal yang suci akhirnya ia membawa kepada kesyirikan yang sukar dipulihkan. Jika ia bersifat kedekut untuk kepentingan diri, keluarga dan rakan-taulan masih lagi boleh dimaafkan tetapi jika penyembah harta  untuk tujuan kesesatan maka hukuman akan disabitkan kepada mereka tanpa disedari seperti pemerintah Iraq pasca pencerobohan Amerika Syarikat, harta-harta awam digunakan membayar hutang-hutang  kepada golongan yang tidak melakukan kerja-kerja mereka.

Barangkali sebagai pertukaran membayar balik ganti rugi yang telah dilaburkan untuk membunuh Presiden Iraq Saddam Hussein dan pemerintahannya ditumbangkan, membunuh manusia tidak berdosa  serta kehidupan rakyat awam masih ditakuk lama kerana duit-duit awam disedut oleh pemerintah yang korup.

Manakala hakim yang menetapkan jatuh hukum kepada Presiden Iraq Saddam Huseein telah pun menerima hukumannya, dihukum oleh pejuang-pejuang Daulah Islamiyah. Hakim-hakim yang amanah disayangi manakala hakim-hakim bersekongkol dengan dajal akan dihukum.


Harta awam dilabur untuk mengukuhkan pendajalan

Di Asia Tengah ada negara membayar gaji dengan harta-harta negara tetapi bayaran-bayaran kepada nama-nama yang tidak wujud. Sifatnya kosong-kosong tetapi harta negara menyusut kerana membayar  kepada nama kosong-kosong itu.  Ia dilakukan oleh golongan dajal yang mengambil peluang kerana pakatan kedajalan kepada masyarakatnya. Kini negara tersebut sedang mencari identiti mereka kerana kedajalan itu mengubah gelagat-gelagat manusia akibat perbuatan-perbuatan tersebut.

Ia sebagai bayaran-bayaran kepada tuntutan-tuntutan oleh mereka yang menuntutnya yang diketahui oleh mereka yang mengetahuinya tetapi disembunyikan dari pengetahuan awam. Dalam dunia yang menggunakan bayaran-bayaran melalui pemindahan talian tidaklah sesukar menggunakan secara manual. Jika menggunakan manual banyak berlaku ketirisan sehingga teguran demi teguran dilakukan oleh pengurusan audit tetapi ia tetap berlaku. Puncanya kerana tangan-tangan ghaib berbisik-bisik di bilik-bilik makmal. Jika bayaran melalui elektronik lagi bagus, masuk.

Demikian juga dalam proses lain. Ia dikehendaki melakukan penghantaran barangan, maka akan dihantarnya barangan terbaik bagi penghantar pertama kalinya dan seterusnya diselang-selinya penghantaran barangan itu, selepas itu pakatan kedajalan pun berlaku. Harta-harta membelalakkan mata. Mata kedajalan itu akan dibakar dengan api.


Doa-doa golongan teraniaya di dengar oleh Allah s.w.t.

Apabila kedajalan berleluasa dan pihak yang mengawal urusan-urusan tersebut juga mengambil peluang seperti pakatan kedajalan maka manusia yang teraniaya pun mengangkat tangan kearah langit lalu mengumat-gamitkan mulutnya dan mengeluarkan hembusan angin kedahsyatan. Maka kumatannya itu merentasi awan membelah langit sampai di Arasy di dengar oleh Allah s.w.t.

Sebagai peringatan maka dihantarlah manusia yang diredhai oleh umat manusia supaya menguatkuasakan undang-undang Allah s.w.t di muka bumi ini. Permohonan mereka diredhai dan mereka juga meredhai golongan yang meredhai mereka. Akhirnya kombinasi permohonan makhluk di langit dan di bumi bercantum menghasilkan suatu tenaga luar biasa.

Makhluk-makhluk di bumi dan di langit yang diciptakan itu adalah suatu manifestasi dari penciptaan Allah s.w.t. supaya difahami bahawa mereka adalah makhluk  Allah s.w.t. yang terikat dengan ikrar kehidupan. Maka hidup itu adalah suatu kurniaan.

Allah s.w.t. mendengar permohonan-permohonan mereka itu.

Beberapa tanda kedajalan itu seperti dimanfaatkan oleh golongan dajal yang berkomplot melakukan kedajalan bukan sahaja berlaku di negara-negara merdeka tetapi juga berlaku di negara-negara rampasan kuasa dan pemimpin-pemimpin korup yang bersekongkol dengan musuh-musuh keamanan.


Aktiviti kedajalan disaluti dengan kerja-kerja amal kebajikan

Suatu yang sukar untuk menuduh golongan dajal itu kerana mereka licik. Apabila mendajal ditampalnya kedajalan itu dengan kerja-kerja amal kebajikan. Ketika  umat manusia bersuara mengeluh tentang kedajalan lalu dilakukannya, dilipat gandanya kerja-kerja amal kebajikan itu, mengubah pelbagai corak aktivitinya. Apabila orang awam melakukan kompelin lagi di media sosial, ia sensitif lalu tergesa-gesa melakukan pembaharuan pula. Masyarakat bersuara lagi meluahkan pandangan mereka, maka diubahnya lagi program-program tersebut supaya kedajalan yang dilakukan itu tidak samar-samar dalam penglihatan golongan-golongan pengidap katarak kerana ia menyamarkan untuk dirinya sendiri. Ia menutup matanya dengan tapak tangannya tetapi dilihat oleh orang ramai tingkah lakunya.

Mereka pula membisik-bisik tentang kedamaian pantai, lalu diperdengarkan kepada golongan pekak dan bisu alunan ombak membadai pantai. Tidak cukup tentang bisikan-bisikan tersebut dihadirkan pula lagu-lagu keasyikan sebagai suatu kerinduan dalam kehidupan, mendayu-dayu dalam khayalan, kicauan burung-burung pelbagai jenis, paparan wanita ayu jelita dan lagu-lagu menggetarkan jiwa mengusik kalbu. Menjadilah ia damai sentosa kerana melakukan konsentrasi  kepada kerja-kerja mendajal itu yang akan mengena diri mereka sendiri. 

Sesungguhnya sumpahan itu jika mengena tiada ampunan bagimu.

Maka nikamt Tuhan kamu yang manakah  yang kamu dustakan?








No comments:

Post a Comment