Posted on Saturday,
May 16 @ 05:15:22 MYT
Dilulus untuk paparan
oleh KetamBatu
Artikel "
Tahu kah anda siapa
orang pertama yang mencipta kapal terbang ? Rata-rata sudah pasti akan
mengatakan bahawa Wright Brothers iaitu Orville Wright dan Wilbur Wright. Dunia
telah mengiktiraf Wright Brothers sebagai pencipta Kapal terbang kerana mereka
dengan jaya nya dapat mencipta kapal terbang yang bernama Flyer.
Tetapi tahukah kita
bahawa konsep kapal terbang yang di guna pakai oleh Wright Brothers untuk
mencipta kapal terbang mereka sebenarnya diplagiat dari konsep atau idea dari
seorang ilmuwan Islam yang bernama Abbas Ibn Firnas.
Abbas Ibnu Firnas
atau Abbas Qassim Ibnu Firnas, merupakan seorang yang berketurunan Berber dari
Sepanyol. Beliau adalah seorang pakar sains, ahli teknologi dan ahli kimia,
fizik dan astronomi.
Beliau telah menemui
konsep kapal terbang pertama di dunia,mencipta Planetarium dan merekacipta
kristal tiruan.Ibnu Firnas telah mendahului dunia penerbangan seribu tahun
sebelum The Wright Brothers.
Pada tahun
852,seorang pemuda bernama Armen Firman terbang di Cordova menggunakan jubah
lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuannya (penemuan payung
terjun).Beliau terselamat dari kecederaannya dan waktu itu Ibnu Firnas telah
hadir menyaksikan.
Pada tahun 875 pada
usia 66 tahun,Ibn Firnas mencipta pelayangnya sendiri dan terbang melayang
turun dari menara.Penerbangan itu agak berjaya dan itu di saksikan oleh
sekumpulan orang yang dijemput oleh beliau.
Ibnu Firnas meninggal
dunia pada tahun 888 Masihi di usia 77 tahun. Libya telah mengeluarkan setem
bagi memperingati beliau, Iraq telah membina tugu memperingatinya dalam
perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabang Iraq dan Lapangan Terbang Ibnu Firnas
di Utara Baghdad juga di ambil sempena dengan nama beliau.
"
No comments:
Post a Comment