Thursday, 14 May 2015

ATM DI ARAB SAUDI MUDAHKAN PEMINDAHAN RAKYAT MALAYSIA



ATM di Arab Saudi mudahkan pemindahan rakyat Malaysia

12 Mei 2015 1:42 AM

KUALA LUMPUR 11 Mei – Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Arab Saudi hanya bertujuan untuk memudahkan urusan pemindahan keluar rakyat Malaysia yang masih berada di Yemen.
  
ZULKIFELI MOHD. ZIN

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dr. Zulkifeli Mohd. Zin berkata, dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) C130 Hercules ditempatkan di Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) di Pangkalan Udara Putera Sultan Riyadh, Arab Saudi sebagai ‘lokasi asas’ sebelum pesawat berlepas ke kawasan pemindahan.

“Saya ingin tegaskan bahawa misi tentera kita di Arab Saudi adalah untuk memudahkan urusan pemindahan berjalan lancar dan selamat melibatkan rakyat Malaysia yang masih berada di Yemen.
  
“Rakyat Malaysia yang masih berada di Yemen akan dipindahkan ke FOB dan dibawa balik ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini terdapat laporan daripada akhbar tempatan yang mendakwa ATM telah menyertai operasi ketenteraan bersama-sama Arab Saudi dan tentera gabungannya untuk menentang tentera pemberontak di Yemen.
  
Mengulas lanjut, Zulkifeli berkata, tumpuan utama kerajaan Arab Saudi dan rakan gabungannya kini telah beralih daripada Operasi Decisive Storm kepada Operasi Renewal of Hope.

“Malah, kita juga berharap gencatan senjata yang dicadangkan sebelum ini, yang bermula pada Selasa, terus kekal,” jelasnya.








No comments:

Post a Comment