Dajal…
Dajal melakukan kerosakan di atas
muka bumi.
Ia melakukan dengan pelbagai
cara.
Melakukannya sendiri.
Menggunakan orang lain, bisikan proksi.
Berkumpulan atau bersekongkol
menjahat.
Berpakat dan mengkaburkan malam
gelap.
Menyilau mata mengadap pancaran
matahari pagi.
Pangkat kuasa kewangan senjata mengcengkam.
Menggunakan segala keupayaan.
Untuk mendungu-dungu diri sendiri.
Ia tahu perbuatannya.
Ia tahu
risikonya.
Orang lain pun tahu perbuatannya.
Mereka terhijab hukumannya.
Masa itu terlalu pendek.
Hilang…
MH370 disorok hilang.
Melakukan kejahatan dengan
membuat tuduhan pemalsuan.
Ditunjuknya di atas, bawah, kiri
dan kanan.
Dipalingnya di sana , di sini, di situ, di ‘far far away’.
Berakhir di lautan pemikiran yang
lompang.
Hilang cahaya wajahnya bersama
gerhana matahri.
Menjunam di ufuk selatan di
lautan dalam di Lautan Hindi.
Menghadang akal dan mengambil
harta orang secara terang-terangan.
Dihimpit izzahnya kerana menyedut
harta-harta milik awam.
Menipu dengan melakukan
kerja-kerja kebaikan.
Mencuri dengan mendiamkan diri secara
kehormatan.
Hilang bersama ilusi-ilusi
kehidupan tidak diketahui ceritanya.
Penjahat…
Senyum melihat telatah insan-insan
berjiwa pengganasan.
Membawa bom diletakkan di sorok-sorok
di kedamaian.
Bom-bom yang dikhayalkan.
Benar atau palsu, ya tidak.
Sahih atau batil, ya tidak.
Sah atau batal, ya tidak.
Tepat atau melencong, ya tidak.
Penjahat meneruskan kerja-kerja
kejahatannya.
Keinsafan masih jauh di lubuk
hati.
Kerana masa amat dekat, diilusi
menerawang nun jauh di benak akal.
Perompak…
Penyamun, lanun, mencekit, pencuri,
peragut, pecah rumah.
Kerja-kerja golongan individu.
Menyorok, menyembunyikan, membawa
lari kapal besar adalah kerja-kerja professional.
Berbaju cantik, menampil
menarik, manis bicara, senyum menawan tetapi mendajal.
Hidup di bawah bayang-bayang
kedajalan.
Hiduplah sebagai manusia berwawasan
benar.
Hindarkan khayalan-khayalan
kejahatan.
Tolong jangan mendajal.
Kerana mereka itu serangkaian bersekongkol.
Buruk sifatnya.
Dajal.
No comments:
Post a Comment