7:32PM - 24 May 2015
Pakatan boleh berkubur dalam 2
minggu, kata Lim
Tokoh DAP Lim Kit Siang hari ini
melaungkan amaran terhadap nasib yang bakal menimpa Pakatan Rakyat dengan
menyatakan bahawa gabungan pembangkang itu hanya mempunyai dua minggu untuk
hidup.
Tanpa menyebut secara khusus apa
yang boleh mencetuskan kematian mengejut Pakatan, Lim bagaimanapun merujuk
kepada pemilihan PAS pada 4 Jun, yang bakal menentukan sama ada kumpulan pro
atau anti-Pakatan yang akan menguasai parti.
"Masa semakin suntuk untuk
Pakatan Rakyat. Dalam masa dua minggu, Pakatan Rakyat boleh berkubur.
"Ini merupakan satu
perkembangan politik yang paling lucu," kata beliau dalam satu kenyataan
hari ini.
Beliau memberi amaran terhadap
dakwaan bahawa 'kerajaan perpaduan' antara PAS dan Umno boleh berjaya tidak
lama lagi, selepas dihalang oleh Allahyarham Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat daripada berbuat demikian sejak 2008.
No comments:
Post a Comment