Home » » ISU SEMASA: KONSPIRASI PANDA CHINA KE MALAYSIA
Minggu ini ramai yang naik angin kerana Kerajaan Malaysia telah menghabiskan jutaan ringgit untuk
menempatkan 2 ekor panda dari China
ke Malaysia
yang menelan belanja melebihi 2 juta ringgit.
Maka, banyaklah perlian di buat dalam minggu ini seperti
frasa "panda di aircondkan, rakyat di miskinkan". Memang benar, ianya
menelan banyak duit rakyat untuk menempatkan panda terbabit, tetapi tahukah
anda bahawa kisah panda ini punyai maksud tersirat?
Ia melebihi dari sekadar sewaan Panda China ke Malaysia
saja. Ia adalah tanda diplomasi China
kepada Malaysia .
Tetapi, di sini ada suatu persoalan penting, kenapa China
sanggup memberikan 2 ekor panda itu kepada Malaysia
sedangkan China
memang terkenal dengan sifat kedekutnya.
Pada bulan April yang lalu, Obama telah datang ke Asia
Tenggara bagi mengukuhkan ekonominya dengan memetrai perjanjian TTPA. Tetapi,
ianya tak di sambut baik oleh kebanyakkan negara. Kerana itu, hendak atau
tidak, hanya proksi USA
sahaja yang akan mengikut telunjuk Obama itu. Dan ternyata, Malaysia seakan-akan berada di tengah-tengah
antara dua tembok besar, antara China
dan USA .
Jadi, untuk counter attack dasar USA
itu, China bersetuju untuk
memberikan dua ekor panda untuk di jaga di Malaysia . Ia simbolik kepada
'engkau jaga ini, maka kami jaga engkau'.
Mereka yang tahu eknomi semasa, akan tahu bahawa China
kini sedang menuju kepada menjadi kuasa utama ekonomi dunia. Sebarang perubahan
dasar ekonomi China , akan
melumpuhkan ekonomi USA .
Kerana itulah USA
cuba menawan hati pemimpin
di rantau asia tenggara dengan sesi lawatan
Obama baru-baru ini. Di samping itu juga, ia mengukuhkan penguasaan militari di
rantau ini dengan menempatkan lebih banyak militari di kawasan hot spot di
perairan Filipina.
Jadi, ternyata kini, Filipina, vietnam
adalah musuh China .
Kini, China cuba mengusik-gusik Malaysia dan Singpore pula. Panda
ini adalah ujian buat Malaysia ,
Sebarang perkara buruk terjadi pada Panda ini, maka, adalah hadiah tersedap
dari China untuk Malaysia .
Malaysia
yang jenis berdiplomasi ini memang kena banyak bersabar.
No comments:
Post a Comment