Thursday, 28 May 2015

RAKYAT MAHU TAHU HASIL SIASATAN 1MDB



Rakyat mahu tahu hasil siasatan 1MDB

Posted on Monday, May 25 @ 15:36:34 MYT by paktam

BeritaKUALA LUMPUR: Kerajaan Umno-BN tidak harus membiarkan rakyat keliru atau cuba menutup kepincangan tadbir urus syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang turut mendapat kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Anuar Tahir berkata, tekanan terhadap Perdana Menteri yang juga penasihat bagi anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan itu perlu ditangani dengan penjelasan yang sewajarnya.
  
“Paling penting sekarang ini, rakyat sedang menanti hasil prosiding siasatan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) yang sudah bermula sejak 19 Mei lepas.

“Kita tentu mahu semua pihak yang terlibat tidak terlepas untuk bertanggungjawab dengan di sebalik hutang menimbun sebanyak RM42 bilion itu,” ujarnya ketika dihubungi

Menurut Anuar, ketirisan yang berlaku dalam 1MDB begitu mencolok mata dan boleh dianggap sebagai kemuncak pada segala penyelewengan dan salah guna dana awam sepanjang tempoh Najib menjadi Perdana Menteri sejak tahun 2009 lalu.

“Lihat saja disebabkan penangan hutang dibuat oleh Najib dengan 1MDB, habis institusi berkaitan kepentingan rakyat dalam Lembaga Tabung Haji, KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan KWAP (Kumpulan Wang Amanah Persaraan).

“Dato’ Nur Jazlan Mohamed (Pengerusi PAC) mesti pastikan prosiding yang telus sebab rakyat berhak tahu hasil siasatan itu.

Kita juga harap nanti laporan penuhnya dibentangkan di Parlimen,” tegasnya mengulas kritikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap 1MDB dalam satu rakaman video yang tersebar luas di media sosial baru-baru ini.

Menurut Anuar, saranan Muhyiddin supaya lembaga pengarah 1MDB bukan sahaja dipecat malah diserahkan kepada pihak polis untuk disiasat juga pada masa sama menggambarkan krisis dalaman Umno yang sedang kronik.

“Kalau Timbalan Presiden Umno sendiri terangterang menempelak Presiden partinya begitu, semua orang sudah tahu bagaimana ‘suhu’ parti Umno pada masa ini. Selain lembaga pengarah 1MDB, Najib sebagai Menteri Kewangan perlu diheret sama sebab sebarang kelulusan mesti Kementerian Kewangan,” ujarnya lagi.








No comments:

Post a Comment