Saturday, 20 June 2015

ADA YANG RASA PELIK, TIDAKLAH PELIK



FRIDAY, JUNE 19, 2015


Ramai  yang tanya penulis mengapa Muhamad Sabu kalah teruk dalam permilihan muktamar tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor tempoh hari.

Banyak jawapan yang diberikan. Ada yang mengatakan salah perwakilan kerana wala’ kepada presiden dianggap tidak wajar berlaku dalam parti Islam semalaysia.

Selama ini wala’ kepada presiden suatu yang sangat wajar dalam parti Islam semlaysia. Apabila kumpulan professional kalah wala’ dipersoalkan.

Pada hemat penulis, mereka tidak menyedari bahawa Allah tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Allah kehendaki dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi diatasnya yang lebih ilmu pengetahuan.

Allah sudah tinggikan pangkat Mohammad Sabu sebagai orang nombor dua dalam PAS (timbalan presiden).

Bayangkan wajarkah beliau mendapat pangkat setinggi berbanding dengan ilmu pengetahuan yang ada padanya, sedangkan ada lagi orang lain yang lebih banyak ilmu pengetahuan.

Itulah yang telah ditakdirkan Allah yang harus kita muhasabah diri dan sangat tidak wajar menyalahkan sesiapa. Apatah lagi menyalahkan para perwakilan juga ada ilmu pengetahuan.

Kita kena ingat bahawa pangkat yang kita dapat itu adalah kehendak Allah. Allah menghendaki Muhammad Sabu jadi timbalan presiden mengalahkan dua pencabar dalam muktamar tahunan pas ke 57/59 berturut turut.

Dan tidak pelik Mohammad Sabu dan kawan kawan kalah teruk dengan undi yang kecil dalam mukatamar tahunan ke-61. Mengapa? Kerana itu adalah kehendak Allah sepertimana firman Allah yang bermaksud: “Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang kami kehendaki’ (Surah Yusof Ayat 76).

Mohamad Sabu harus ingat bahawa ada lagi orang lain yang lebih ilmunya berbanding dengan dirinya dan kawan kawannya lain.

Oleh itu, kenalah periksa diri masing masing sebelum menyalahkan dan sinis terhadap Haji Abdul Hadi Awang (presiden)  yang masih kekal sebagai presiden dalam masa dua tahun lagi. Allah mengkehedaki beliau melayari bahtera pas di laut yang penuh bergelora.

Mereka yang kalah itu pun adalah atas kehendak Allah jua. Para perwakilan hanya ubat sahaja. Tidak lebih daripada itu. Sangat tidak betul kita menyalahkan para perwakilan, kerana mereka di pilih untuk memilih  para pemimpin dalam muktamar tahunan pas ke-61.

Mungkin dalam muktamar tahunan pas ke-63 nanti kumpulan professional akan menang mengalahkan kumpulan ulamak yang dicop tidak tahu politik dan tak tahu memerintah  itu. Itupun jika berakhlak mereka mulia.

Kini tindakan mereka yang kalah jadi tidak puashati dengan kehendak Allah. Mereka, seolah olah tidak boleh menerima keputusan tersebut. Bersyukur pun tidak  dan jauh sekali untuk bersabar.

Pada hal masa dua tahun sangat pendek  untuk mendapat balik pangkat yang hilang atas kehendaki Allah itu.











No comments:

Post a Comment