Tuesday, 9 June 2015

KINABALU DUKA



Kinabalu mula duka

Kinabalu duka melihat anak bangsa:
Menghadapi Pengganasan Lahad Datu
Berhadapan dengan perintah berkurung
Bolosnya penculikan dalam kepungan
Menggunakan tenaga empat kerat terkapai-kapai disedut dajal rezekinya
Terperosok akal di selatan laut dalam di Laut Hindi
Bermain cari-cari MH370 dalam kedajalan
Duit-duit disedut-sedut menyerap dalam saku
Dicengkam kehidupan oleh perubahan zaman
Mencuit teknologi Amerika Syarikat pada malam 8 Mac 2014
Mata tidak berkerdip disantau oleh sihir Amerika Syarikat
Berkolaborasi bersama pemindahan tekologi Amerika Syarikat
Dalam ilusi-ilusi kedajalan
Mengorek-ngorek kuburan wangian Wang Kelian Rohingya
Menyerlah 1MDB aktif berniaga
Akan ada lagi komplotan kejahatan mendajal
Memancing-mancing akal melayang-layang
Meneruskan kesempitan kehidupan malap
Kerana anak bangsa menjadi panglipurlara dalam cerita seribu satu malam.


Oh ya,

Kinabalu melihat anak-anak bangsa dari ketinggian 4,095.2 m

Kinabalu melihat anak-anak bangsa di bawah telapak kakinya

Kinabalu melihat anak-anak bangsa bukan sahaja mendajal, mendungu-dungu orang cerdik, bersekongkol melakukan kefasadan-kefasadan, tidak malu memakan duit-duit amanah bangsa, mendajal, mengagih duit anak-anak pribumi membayar pampasan kejahilan, memerah tenaga pemuda-pemudi menjalankan kerja-kerja amal di muka bumi

Kinabalu melihat anak-anak bangsa di kawasan tanah pamah, bangunan pencakar langit, kawasan berbisik-bisik, terperosoknya MH370 kerana rezeki datang dari pelbagai arah dan dibelanjakan dengan pelbagai cara, disedut-sedut, dipaling-paling, dikuis-kuis, di 'barter trade', tukar menukar barangan, perkongsian strategik perniagaan, pemindahan pitis melalui elektronik, dimufliskan, dilelong, dirampas, dijahanamkan dan dimansuhkan. Muktamad.

Kinabalu melihat anak-anak bangsa semakin aktif  mencari kehidupan

Kinabalu melihat anak-anak bangsa menerima ihsan BR1M

Kinabalu melihat anak-anak bangsa bersaing sihat mencari rezeki, dajal berpakat, dungu-dungu turut bersekongkol, si cerdik meringkus diri bersekutu menyatu menyedut duit tersisih, menvacum terperosok melambai-lambai, puncanya pejuang-pejuang Daulah Islamiyah masih menebas semak samun, kehidupan terhijab daripada cahaya bulan, gelap disinari binatang kelip-kelip kerana cahaya bintang dilitupi kabus.

Kinabalu melihat anak-anak bangsa menjuling-juling menjulang mengangkat bangsa, masalah diri terpalit dosa-dosa, melebar dan dan mengembang, usus-usus membelit, menyukarkan qada hajat.

Kinabalu melihat anak-anak bangsa menyusut merunggut, muram sayu layu:
1MDB bersinar gemilang
MAS menjunam terperosok
MH370 senyum sinis melambai-lambai Amerika Syarikat
Pengganasa Lahad Datu bersedia pilihanraya ke-14
Negara kaya-raya menjadi miskin
Kehidupan mengembang menekan
Mengesot menyusup menyerap berbilion
Pendajal merangka kedajalan kehidupan
Orang-orang yang beriman berzikir berwirid
Pejuang-epejuang Daulah Islamiyah melihat kejayaan masa hadapan


Yakah?

Gunung Kinabalu digegar gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter, disebabkan pergerakan magma ke atas ekor-ekor lingkaran dalam gunung berapi, berlaku geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi, melayang-layang gunung pada 5 Jun 2015 sekitar 7.15 pagi,  seperti suatu ketika dahulu melayang-layang bukit-bukau Jawa, membadai membentuk ombak daratan yang berlaku beberapa saat

Gunung Kinabalu digegar gempa bumi kerana Amerika Syarikat seolah-olah:
Memindahkan operasinya di Asia Tenggara
Ukraine tidak menguntungkan selatannya dijadi hakmilik Rusia
Afghanistan menunjuk setia bersama Daulah Islamiyah
Syria hampir-hampir dicengkam Daulah Islamiyah disekat oleh kemunafikan
Iraq dalam lambaian Daulah Islamiyah terhalang akibat tentera Iran
Libya menuju Daulah Islamiyah
Nigeria melebar bersama Daulah Islamiyah
Yaman menunggu tindak balas Daulah Islamiyah
Indonesia menghidu-hidu lambaian Daulah Islamiyah
Pemuda-pemuda seantero alam menuju Daulah Islamiyah
Hipotesisnya Amerika Syarikat untung di ‘far far away’ Asia Tenggara.

Gunung Kinabalu digegar gempa bumi akibat:
Pakatan strategik menguntungkan kedajalan
Memberi isyarat-isyarat melakukan ribath
Membelenggu tengkuk-tengkuk golongan dungu-dungu
Mengingatkan suasana semasa kerana esok perlaksanaannya
Pesanan-pesanan jangan dilupakan, hari ini lebih baik dari semalam, hari esok belum dipastikan lagi dan moga-moga hari esok menuai hasil kerja-kerja hari ini

Gunung Kinabalu digegar gempa bumi kerana:
Kisah-kisah MH370 belum terlerai
Terperosok di laut dalam di selatan Laut Hindi dalam ilusi-ilusi kehidupan
Jin-jin Laut Hindi menyedut sedut duit-duit amanah
Diserapnya menjadi kaburan hidup
Menghilang bersama nenek tua senyum semalam memasuki kuburan hari ini
Perunding-perunding kematian berasak-asak nampak duit berebut mayat nenek tua
Merembat membawa lari jenazah nenek tua diberi kepada jin-jin
Nenek tua adalah pemegang amanah tabung-tabung kebajikan
Disedut oleh pakatan kedajalan
Ketika anak-anak kecil sedang lena dalam buaian.

Gunung Kinabalu digegar gempa bumi antaranya:
Pemain-pemain import menjulang umat
CEO-CEO anak bangsa disihir akal mereka
Duit-duit mendarat di riba
Berbisik-bisik:

‘Malaysia Airlines secara teknikalnya telah muflis’

‘Kerajaan tidak mencampuri urusan MAS’

‘Akan bangkit umat yang mereka berkasih sayang dan sangat keras kepada kekufuran’













No comments:

Post a Comment