Thursday, 4 June 2015

SEPP BLATTER LETAK JAWATAN KERANA TEKANAN



Presiden FIFA, Sepp Blatter mengambil tanggungjawab setelah diasak sebelum dan selepas pemilihan Presiden FIFA pada 29 Mei 2015 yang berakhir beliau memenanginya pemilihan tersebut dengan dua pertiga menyebelahinya. Sepp Blatter kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat selepas baru empat hari dipilih semula mengetuai FIFA, secara mengejut mengumumkan akan meletak jawatan kerana tekanan demi tekanan diterima olehnya. 

Selepas kemenangannya Sepp Blatter mengeluarkan kenyataannya menyalahkan pihak Amerika Syarikat dan UEFA iaitu Persekutuan Bola Sepak Eropah melalui Presidennya Michel Platini mencampuri urusan FIFA.

Kemenangan yang dirai oleh Sepp Blatter selepas 4 hari itu berakhir apabila memanggil mesyuarat Jawatankuasa pengurusan FIFA dan mengumumkan perletakan jawatannya melalui sidang akhbarnya.

Menurut laporan BBC, nama Sepp Blatter sudah berada dalam kes dakwaan yang dibuka oleh Amerika Syarikat. Ini ada kaitan dengan perletakan jawatannya.

Beberapa jam sebelum namanya diumumkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, Sepp Blatter mengumumkan perletakkan jawatannya.

Sumber-sumber yang enggan dinamakan memberitahu Reuters, Encik Blatter yang sudah memimpin FIFA selama 17 tahun kini disiasat oleh pihak FBI dan pendakwa raya Amerika.

Encik Blatter, 79 tahun, menggegarkan masyarakat bola sepak antarabangsa apabila beliau mengumumkan akan melepaskan jawatannya kerana baru beberapa hari dipilih semula untuk penggal keempat selaku Presiden FIFA.

Encik Blatter mengakui, FIFA kini memerlukan "rombakan besar-besaran" dan menggesa agar satu pemilihan baru diadakan segera.










  

  


No comments:

Post a Comment