Taman-taman surgawi yang rimbun pohonnya menarik
pandangan apabila melihatnya, menceriakan, perasaan terasa lapang, tindakan bersifat
proaktif dan kehidupan merasainya tenang. Puncanya kerana hidup berwawasan.
Kebiasaannya daun-daun kering pada pohon di taman-taman surgawi itu akan gugur dengan sendirinya apabila tangkai-tangkainya telah mula menua,
mengering, melemah dan gugur sehelai demi sehelai, seperti seorang tua penghujung hayatnya, mati. Daun-daun kering itu akhirnya menyembah bumi.
Daun-daun tersebut menjadi sampah-sampah berserakan apatah lagi apabila datang
angin sepoi-sepoi bahasa menolaknya terbang bersama kepelbagai penjuru.
Nun di sana pencarian MH370 masih kosong-kosong
kerana para panglipur lara telah
mengerdipkan mata dan berbisik-bisik bahawa
dalam tempoh terdekat, MH370 akan ditemui setelah melalui lakunan-lakunan
yang penuh dramatik sistematik dan penceritaannya berliku sukar sehingga pada satu
peringkat ceritanya berlebih-lebihan dalam pahatan ilusi-ilusi kehidupan, namun
orang-orang yang beriman memahami komplot dajal.
Walau bagaimanapun, pada akhir
episodnya 1MDB menggegar kredibiliti kegeligaan anak-anak bangsa menangani
kegoncangannya kerana potensi perniagaannya untung tingi-tinggi melangit tetapi
disedut-sedut melayang-layang hilang terperosok bersama MH370 mengakibatkan
1MDB menanggung hutang diserap sebagaimana kabus-kabus pada waktu pagi hilang disedut-sedut oleh pancaran matahari kerana diserapnya, akhirnya bumi yang terkena gerimis mengering disebabkan hebatnya matahari.
Bagi mengekalkan kecantikan
taman-taman surgawi itu, ia pula senentiasa dalam keadaan ‘aman, tenang, segar berpanjangan’
maka dicantaslah daun-daun segar itu kerana ia menghalang kehidupan dan
pandangan.
Pereka-pereka lanskap meneruskan
pencantasannya kepada daun-daun, ranting-ranting, dan jika perlu ditebangnya
pokok itu dan digantikan dengan pokok baru. Kadang-kadang pokok-pokok besar ditanam dengan akar-akarnya, maka segar-bugar pada pandangan seolah-olah telah lama ditanam.
Taman-taman surgawi adalah
kehidupan masa hadapan.
No comments:
Post a Comment