Astro terngiang-ngiang
ditelinganya konsep kosong-kosong supaya akal, perasaan dan tindakan-tindakan
individu-individu yang mendengar dapat menanggapi bahawa kosong-kosong itu
hadir pada salam aidilfitri sahaja, dalam bulan Ramadan, pemakaian bunyi
kosong-kosong itu menjadi kosong, tidak relevan lagi, kepada bulan-bulan yang sebelas lagi atau berterusan sepanjang
hayat sebagaimana konsep pembelajaran sepanjang hayat atau kosong-kosong
bertaraf dunia seperti diuar-uarkan oleh pemikir-pemikir kontemporari.
Barangkali begitu sifatnya.
Bagi meningkatkan promosinya,
digubah suaikan lagu-lagu bertemakan aidilfitri itu dimasukkan istilah
kosong-kosong di dalam lagu-lagu tersebut supaya tersentuh perasaan
kosong-kosong itu dalam pahatan akal individu yang kosong-kosong kefahaman
ketauhidan mereka. Dibangkitkannya supaya penyerapan ketauhidan itu mudah
melekat dalam sanubari dan akal benak menjadi geliga.
Moga-moga isyarat-isyarat itu
difahami oleh mereka yang memahaminya sebagaimana RTM semakin menyepi kerana
lesen-lesen penyiarannya telah disambung panjangkan kepada TV3 dan Astro.
Barangkali agensi-agensi yang
ditubuhkan oleh anak-anak bangsa suatu ketika dahulu sudah tidak relevan
mengikut perubahan zaman. Ia wajar menurut konsep penswastan bagi
memudahkan penyedutan duit-duit amanah
bangsa kerana jika berada di bawah
pengawasan pihak kerajaan nilai sen-sen pun diambil kira berbanding dengan
‘strategik perniagaan’ ia untung-untung. Berbeza pula dengan MAS ia lingkup
diubah namanya, aset-asetnya disedut-sedut.
Beriku berapa agensi-agensi yang mendahului kemeruduman mereka berbanding
dengan MAS. Barangkali kerana ruang udara penting dalam strategik pengintipan
maka MAS memerlukan pakatan strategik, antara agensi-agensi merudum tersebut
ialah:
1. TNB
merudum kerana semalaman satu Semenanjung Malaysia bergelap maka untuk
memberi keselesaan kepada bayi-bayi yang kepanasan pada malam tersebut maka
beberapa hari selepas itu pihak pemerintah meluluskan penubuhan IPP swasta.
2. KTMB
merudum kerana kepla keretapi usang diimport dari Afrika tidak berfungsi. Kesan
daripada itu kecairan wang tunai kontang maka bermulalah aset-aset berharga KTM
seperti tanah emasnya di Sentul dan KL Sentral dilelong. Kini KTMB menyewa di
tanah-tanah miliknya dahulu.
3. Pada tahun 2017, dijangka pilihanraya umum ke-14, walau bagaimanapun Pengganasan
Lahad Datu menyengat maka wajar
dilingkari dengan ‘Perintah berkurung’ supaya penyerapan menjulang martabat
umat penampan kehidupan tidak merudum seperti agensi-agensi yang merudum itu.
4. RTM
merudum kerana menempel siarannya dengan Astro walaupun ia meluluskan lesen
penyiaran kepada TV3 dan Astro. Ia pula tidak diberi kebebasan berniaga
berbanding Astro. Barangkali bidang penyiaran memerlukan pakatan perniagaan
yang saling menang-menang.
5. MAS
pada teknikalnya telah muflis dengan bahasa manis bungkus kerana anak-anak
bangsa tidak pandai berniaga, manakala pemain-pemain import melihat potensinya. Syarikat-syarikat kerdil sedang ‘memacak
kuda-kuda’ di KLIA tetapi MAS lingkup. Puncanya kerana ada tangan-tangan ghaib
bermain catur membelalakkan mata melihat kehebatannya, akhirnya MH370
terperosok di Lautan Hindi dalam bisikan-bisikan jin. Jin pula suka sedut duit.
Sesungguhnya pejuang-pejuang
Daulah Islamiyah tidak akan memberi ampunan kepada mereka yang melengah-lengahkan
bertaubat, masih mengekalkan bersekongkol dengan dajal kerana Astro terus
mengumandangkan salam aidilfitri kosongkosng mengiringi pencarian MH370
kosong-kosong.
No comments:
Post a Comment