Saturday, 11 July 2015

MESILAU MALAP MERAI BANJIR LUMPUR



Mesilau mula malap. Tetapi ia mula diingati oleh penduduk negara ini amnya dan warga Kundasang khususnya kerana kekerapan banjir lumpur yang mengalir daripada kedukaan Gunung Kinabalu dibadai oleh gempa bumi berukuran 5.9 pada skala richter 5 Jun 2015 (Jumaat). Kesannya menangislah Gunung Kinabalu tanpa henti membasahi buminya sama ada dalam bentuk hujan gerimis, hujan lari atau sekali sekala  hujan turun tanpa mengikut jadual mencurah-curah memasuki rekahan-rekahan  Gunung Kinabalu mengakibatkan banjir lumpur berlaku dimulai dari puncak Gunung Kinabalu menyelusuri gunung dan lurah  memasuki sungai-sungai sehingga alirannya melemah di hulu Sungai Mesilau.

Walaupun tiada langsung setitik hujan turun di hulu Sungai Mesilau tetapi banjir lumpur tetap meredah sungai Mesilau yang suatu ketika dahulu airnya jernih, kini berlumpur selut dan merbahaya kepada makhluk di bumi terutamanya yang duduk berhampiran sungai Mesilau.

Apakah benar ilusi-ilusi kedajalan Pengganasan Lahad Datu tempias di Gunung Kinabalu lalu meredah dan mengganas di kawasan persekitaran dan lembah-lembahnya?

Mungkinkah ia memberi isyarat bahawa pilihanraya umum ke-14 akan menghapuskan Pengganasan Lahad Datu dilambai-lambai melalui perintah berkurung?

Melihat kepada senario ketika ini di Mesilau, Kudangsang seperti menuruti Pengganasan Lahad Datu yang senentiasa berjaja-jaga daripada marabahaya terutamanya kepada penduduk setempat.

Jika sepanjang Pantai Timur Sabah telah diawasi rapi dengan ‘perintah berkurang’ oleh pihak keselamatan. Barangkali di Mesilau  tidak kurang hebatnya dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN)  supaya  penduduk kampong; terutamanya yang tinggal di lereng-lereng gunung dan sepanjang  Sungai Mesilau bersiapasiaga menghadapi musibah diluar jangkaan.

Perbezaan di antara banjir lumpur Mesilau dengan Pengganasan Lahad Datu, antaranya ialah:


Bil
Perbincangan isu
Banjir Lumpur Mesilau
Pengganasan Lahad Datu
1
Tarikh kejadian
5 Jun 2015
9 Februari  2013
2
Hari
 Jumaat
 Sabtu
3
Masa kejadian
7.15 am
-
4
Peristiwa berlaku
Gempa bumi
Serangan pengganas
5
Respon menteri
TPM
Menteri pertahanan
6
Jangka masa berlaku
Beberapa hari
Sepanjang tahun
7
Jumlah kematian
19 orang
6 orang
8
Golongan mati
 Majoritinya kanak-kanak
Prajurit negara
9
Cara-cara kematian
Ditimpa batu-batu
Ditembak
10
Keadaan kejadian
Suspens
Gempak
11
Punca peristiwa
Perubahan alam
Tangan-tangan manusia
12
Tragis mayat
Cebisan-cebisan mayat ditutup
Jantung dicungkil dipertontonkan
13
Isu sensasi semasa  
1MDB
Ambang pilihanraya ke-13
14
Situasi semasa
Banjir lumpur kerap
Perintah berkurung berterusan
15
Jangka masa peristiwa
Suatu tempoh yang sukar
Setiap 5 tahun pilihanraya umum
16
Persiapan terkini
Pemulihan
Siap pilihanraya ke-14
17
Rancangan hadapan
Sentiasa waspada
Siapsiaga (Ribath)
18
Harapan semangat
Hari ini lebih baik dari semalam
Esok lebih baik dari hari ini
19
Cogankata
Hari ini bulan mengembang
Esok matahari bersinar jaya
20
Rumusan
Alam mula murka kepada manusia mendajal
Allah berkuasa membolak-balikkan akal, perasaan manusia


Binalah kehidupan sebagai hamba Allah, bukan menjadi tuhan membunuh nyawa manusia melalui pengganasan-pengganasan, seperti:

1.   Pengganasan Lahad Datu

2.   Kem tentera dirompak dalam tempoh 5 minit selori senjata canggih dilarikan

3.   Peristiwa Memali












No comments:

Post a Comment