Sunday, 26 July 2015

PELACUR BERKERJAYA MENCARI LELAKI DIBERKATI



Pelacuran adalah suatu ungkapan amat menarik terutamanya kepada golongan dungu-dungu. Mereka menyukai pelacuran kerana beranggapan bahawa kurang menanggung risiko memadai melakukan bayaran, tempahan atau menjadikan wanita jalang sebagai simpanan kerana degil menurut hukum-hukum yang dihalalkan baginya untuk berkahwin. Mereka bukan sahaja melacuri perempuan-perempuan jalang tetapi sanggup berkelakuan meraba-raba ponggong wanita cantik di hotel-hotel mewah, rumah-rumah Norita dan menyediakan belaci-belaci sebagai peraih penyedia pelacur-pelacur apabila menziarahi negara-negara merdeka. Kadang-kadang agen-agen  kedajalannya bukan sahaja di kawasan-kawasan mukimnya tetapi diluar mukim pun ada agen-agen kedajalannya termasuk di pulau-pulau dkerana ia seronok.

Bagi lelaki-lelaki muslim dan belum mengisytiharkan kemurtadannya, mereka yang berkeupayaan untuk menikah lebih dari seorang;  dua, tiga atau empat orang wanita diharuskan oleh syarak. Jika tidak berlaku adil memadailah seorang isteri yang disayangi. Jangan mencari wanita-wanita pelacur, sundal dan jalang.

Cerita-cerita pelacuran itu menjadi cerita-cerita mangli kepada manusia-manusia yang akan dihukum di dunia lagi kerana bersekongkol melakukan kedajalan. Kebiasaannya pelacuran adalah anasir-anasir  pembawa penyakit kemasyarakatan. Perlakuan mereka boleh diteropong di pusat-pusat bandar terutamanya di bandar-bandar metropolitan yang dimekapkan dengan istilah: ‘Bandar hijau, bebas dari asap kenderaan, bebas dari demontrasi, perkhidmatan bas percuma tanpa bayaran tambang, bebas bergerak tetapi sekali sekala di lorong-lorong Kotaraya terdapat sekumpulan beruniform mengenakan tol kepada suaka pekerjaan kerana berpelesiran pada hari minggu hasil dari kebebasan dan pelbagai istilah-istilah yang menarik perhatian kerana cuti umum.'

Banyak cerita tentang pelacuran yang barangkali dapat diselitkan kerana muka-muka kedajalan yang berligar-ligar melalui bisikan-bisikan yang mengasyikkan kehidupan.

Suatu ketika seorang lelaki telah terpandang seorang wanita pada pandangnya cantik kerana telah dimekapkan wajah, pakaian, bahasa, diselitkan pula dengan wangi-wangian pelacuran dan bilik rumahnya memberi isyarat hukuman-hukuman kepada golongan dajal.

Maka lelaki tersebut telah bertanyakan tetang wanita tersebut. Agen-agen pelacuran memberitahu untuk melanggani  wanita tersebut akan dikenakan bayaran dengan jumlah-jumlah tertentu. Memandangkan bayaran untuk melanggani wanita itu, lelaki tersebut tidak mencukupi wang yang wajib dibayar sedangkan perasaannya bergelora dan amat terpikat dengan kecantikan wanita yang telah menawan perasaan dan akalnya.

Beliau pun balik dan berazam untuk kembali lagi setelah dapat mengumpulkan sejumlah bayaran yang ditetapkan. Disingkatkan ceritanya, setelah pemuda itu dapat mengumpul sejumlah bayaran yang dikehendaki maka beliau pun bertandang ke rumah pelacuran itu dan membayar jumlah yang dikehendaki. Setelah pelacur itu membenarkan beliau memasuki bilik, beliau tercegat dan tercengang berdiri berhampiran pelacur itu, tiba-tiba pelacur itu menaggalkan pakaiannya maka berteriaklah lelaki itu sambil lari keluar dari bilik pelacur itu.

Dalam keadaan seperti itu, pelacur itu terpinga-pinga memerhati telatah lelaki aneh yang bertandang di biliknya tetapi selepas mengucap ‘Masya Allah’ lari daripada situ. Sepanjang kerjayanya sebagai pelacur belum pernah beliau menemui peristiwa dan lelaki seperti itu, jika adapun lelaki-lelaki yang jalang akan menerkam tubuhnya dan menggaulinya supaya hukuman-hukuman mudah disabitkan kesalahan-kesalahan kepada mereka. Perlakuan-perlakuan itu jika tidak bertaubat wajiblah mereka dihukum sebagaimana pejuang-pejuang Daulah Islamiyah menghukum golongan-golongan yang mendajal bersekongkol dengan Amerika Syarikat melakukan kefasadan di muka bumi ini.

Selepas peristiwa tersebut, wanita pelacur itu telah nekad meninggalkan kerjaya pelacurannya kerana melihat tabiat aneh lelaki yang telah membuat bayaran tetapi meninggalkannya tanpa menjamah tubuh badannya seperti yang dilakukan oleh lelaki-lelaki jalang termasuk yang suka meraba-raba ponggong wanita cantik dihotel mewah bergelar pahlawan negara.

Azam perempuan itu telah membawa dirinya mencari lelaki yang menggelatar  ketika berkalwat di bilik perkhidmatannya telah mengubah sikapnya 100 peratus berubah. Daripada seorang pelacur kepada pencari jejak lelaki aneh. Pencarian beliau dengan mengusul tempat tinggal lelaki itu dengan menceritakan perwatakannya, ciri-cirinya dan penampilannya kepada masyarakat setempat yang diziarahinya. Setelah melalui rintangan, kesabaran dan masanya banyak terbuang maka beliau pun mendapat alamat tempat tinggal lelaki tersebut. Sesampai beliau  di hadapan lelaki tersebut, apabila sahaja terpandang oleh lelaki itu, ia terkejut lalu mati serta merta.

Selepas selesai menyelenggarakan jenazah lelaki itu, perempuan tersebut lalu bertanyakan pula kepada masyarakat setempat tentang adik beradik lelaki tersebut. Beliau dikhabarkan bahawa lelaki yang 'mati mengejut' itu ada seorang saudara lelaki lagi tinggal di kawasan tertentu. Wanita itu terus melangkah sebagai 'seorang wirawati' mencari saudara lelaki itu. Ketika beliau menemui saudara lelaki itu, wanita pelacur itu menceritakan riwayat hidupnya, pertemuannya dengan saudaranya dan sehinggalah berhajat menemui saudara lelaki yang 'mati mengejut' itu yang kini berada di hadapannya. Wanita itu dengan ikhlas menawarkan diri untuk berkahwin dengannya.  Lelaki saleh itu pula menerimanya dengan lapang dada dan  tanpa banyak soal jawab kerana pinangan daripada seorang wanita yang menginsafi dosa-dosanya daripada tindakan-tindakan bersungguh-sungguh yang dilakukannya. Kedua-dua pasangan itu bersih dari dosa-dosa kerana taubat nasuha mereka diterima oleh Allah s.w.t..

Oleh kerana keazaman wanita itu mengubah sikapnya dengan sebenar-benar taubat, maka Allah s.w.t. telah  menerima amalan baiknya dan menghapuskan dosa-dosa kejahatannya. Menurut riwayat tersebut wanita dan lelaki saleh itu telah dikurniakan anak, semuanya menjadi anak-anak saleh. Allahu Akhbar.

Mana-mana manusia yang bersekongkol dengan dajal termasuk yang berpakat menyorok MH370 tidak sempat bertaubat kepada Allah s.w.t. akan menghukum mereka dengan terbakar seperti contoh helikopter terbakar, dibakar seperti pilot mendajal tertangkap atau dihukum menurut ketentuan syarak. Terimalah hukuman-hukuman itu kerana berpakat dengan dajal.

Mana-mana manusia yang dihukum sedangkan fitnah ditaburkan kepadanya sedangkan ia tidak melakukan dosa-dosa maka mereka yang bersekongkol melakukan kedajalan itu akan ditunjukkan keaiban-aibannya nanti  seperti: Peristiwa Memali, Kem tentera dalam tempoh 5 minit dirompak senjata selori dilarikan, Pengganasan Lahad Datu, ATM digodam duit tunai lesap RM30 juta memasuki karung puaka, MH370 disorok sehingga kini belum ditemui dan MH17 ditembak oleh proksi Amerika Syarikat

Sesungguhnya wanita berkerjaya pelacur bertaubat nasuha lebih mulia daripada golongan lelaki yang berpakat melakukan kebatilan dan berkekalan melakukannya. Lelaki-lelaki yang menginsafi dosa-dosa mereka dan tidak mengulanginya lagi semoga Allah s.w.t. sahaja yang akan membalasnya.







No comments:

Post a Comment