Saturday, 8 August 2015

IGAUAN AMERIKA SYARIKAT MAKBUL



Ilusi-ilusi Amerika Syarikat tentang keganasan dimakbulkan setelah faksi-faksi yang dituduhnya sebagai faksi-faksi pengganasan telah ditalqinkan diiringi oleh kemusnahan Amerika Syarikat yang mendajal sepanjang kempennya tentang keganasan. 

Ia diuar-uar dan dibisik-bisiknya keganasan itu di bumi Amerika dan merentas sempadan sehingga berlabuh di Malaysia membawa bersamanya ilusi-ilusi kedajalan MH370 terperosok di lautan dalam di selatan Laut Hindi kawasan jin-jin berbisik-bisik dan menyedut-nyedut duit-duit amanah bangsa  yang hilang bersama ilusi-ilusi makbulnya igauan Amerika Syarikat.



Makbulnya ilusi-ilusi Amerika Syarikat itu kerana ia kekal mendajal, dilakukan di negaranya sendiri tetapi merentas sempadan membawa lari dan menyoroknya bersama ilusi-ilusi kedajalan. Dipeluknya erat-erat dan bangkit bersama kedajalannya bertopengkan bisikan-bisikan kedajalan membina negara bangsa yang dikhayalkannya dengan mengkaut khazanah bangsa untuk penampan-penampan dirinya.

Makbulnya ilusi-ilusi Amerika Syarikat kerana individu-individu yang membina faksi-faksi yang dituduhnya sebagai faksi keganasan telah mati. Mereka mati kerana ajalnya sampai. Mereka mati bersama ideologi yang  mantap didokong oleh mereka.  Amerika Syarikat juga akan mati bersama ideologi kedajalannya mengiringi individu-individu yang telah mati itu. Antara individu yang dituduh oleh Amerika Syarikat sebagai faksi keganasan, iaitu:


1.       Iraq diketuai oleh Presiden Saddam Hussein

2.       Libya diketuai oleh Presiden Muammar Ghaddafi


Kematian ketua-ketua faksi yang dituduh oleh Amerika Syarikat itu akan disusuli oleh Amerika Syarikat sendiri kerana kedajalan akan dimusnahkan oleh ketelusan. Makbulnya ilusi-ilusi Amerika Syarikat itu kerana pesanan-pesanan bahawa kedajalan akan dibunuh oleh ketelusan.

Makbulnya ilusi-ilusi Amerika Syarikat hari ini kerana mendajal, besok belum pasti, lusa tidak dapat dijangka dan tulat kuburan menanti kerana pembaca-pembaca talqin sentiasa bersedia. Elakkan daripada mendajal menyedut-sedut duit-duit amanah bangsa mengikut saluran belakang. Berniaga sebagai anak jantan. Gunakan kuasa belian dan tawaran, kelebihan dan kepakaran diri. 

Tolong hentikan penyedutan berterusan!

Makbulnya ilusi-ilusi Amerika Syarikat kerana pemimpin-pemimpin yang telah terbelenggu sukar baginya melihat keceriaan. Pandangan mereka kabur melihat kecerahan siang hari dan terang benderangnya bulan mengembang di malam hari kerana fokusnya telah terhimpit sebagaimana seseorang yang dibelenggu hutang-hutang tumpuannya terpesong walaupun kita sendiri bercakap berhadapan dengannya. Ia mengangguk kepala seperti mengiakan tetapi ia tidak memahaminya kerana ilusi-ilusi kedajalan bersama Amerika Syarikat.

Lalu disumpah Amerika Syarikat, Bebaskan MH370:


“Ya Allah Ya Tuhan kami
Tunjukkan kemusnahan kepada Amerika Syarikat bersama igauan-igauan kedajalannya
Bersama dajalnya MH370 terperosok di lautan dalam di Lautan Hindi
Mengetatkan cengkamannya merobek duit-duit amanah bangsa
Engkau tunjukkan satu demi satu perompak-perompak keamanan
Musnahkan kelibat-kelibat bertopengkan jawatan-jawatan awam
Daripada jawatan tertinggi sehingga kepada orang awam diamanahkan
Mereka  bersekongkol mendajal dan berterusan mendajal
Musnahkan mereka Ya Allah
Musnahkan mereka
Musnahkan
Bersekongkol menyorok MH370
Gusarkan perasan dan pemikiran mereka
Akhirnya tindakan-tindakan kedajalan mereka membakar diri mereka sendiri.

Ya Allah Ya Tuhan kami
Mamahlah kehidupan mereka diserap bersama igauan-igauan Amerika Syarikat
Hancurkan kedajalan penindasan, penyeksaan dan pembunuh sistematik mereka
Menutup-nutupi kepalsuan dengan penipun demi penipuan berulang
Menonjol-nonjolkan keburukan demi keburukan seolah-olah mereka melihat seperti kebaikan
Melakukan kefasadan-kefasadan dimekap dengan kerja-kerja kebajikan
Sesungguhnya benarlah kebenaran akan membunuh kebatilan-kebatilan
Sebagaimana apabila mati, jasad mereka dimamah oleh ulat-ulat.

Ya Allah Ya Tuhan kami
Sesungguhnya janji-Mu adalah benar.”





No comments:

Post a Comment