Saturday, 22 August 2015

PROF. DR. MOHD. HARRIDON MOHAMED SUFFIAN-PENGLIPUR LARA MH370



Lebih banyak serpihan MH370 bantu kenal pasti tempat pesawat bersemadi - kata pakar
19 Ogos 2015 7:08 PM


KUALA LUMPUR 19 Ogos - Seorang pakar penerbangan berkata tempat bersemadinya Penerbangan MH370 di dasar laut yang luas di Lautan Hindi dapat dikenal pasti jika banyak lagi serpihan pesawat Malaysia Airlines itu ditemui.


Ketua Penyelidikan dan Inovasi Pesawat Universiti Kuala Lumpur, Prof. Dr. Mohd. Harridon Mohamed Suffian menjelaskan tentang mengapa lebih banyak serpihan dicari selepas flaperon yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis itu disahkan dari pesawat malang itu.


Beliau berkata sisa-sisa marin biasanya akan terperangkap dalam bangkai pesawat.


Serpihan bangkai yang terdampar di pulau tersebut akan membawa sisa-sisa dan ini boleh dianalisis, kata beliau kepada Bernama.


"Hasil Analisis Ekosistem Marin, dengan membandingkan sampel dan data marin yang direkodkan, para saintis dapat mengenal pasti dari mana sisa itu berasal," kata Mohd. Harridon. – BERNAMA








No comments:

Post a Comment