Monday, 3 August 2015

ZAKAT DAN GST DALAM KEHIDUPAN



Hidup ini perlu kepada peraturan. Peraturan itu pula perlu dipersetujui oleh masyarakat yang mendokong peraturan-peraturan tersebut. Jika peraturan-peraturan tersebut dibuat tanpa persetujuan masyarakat, maka peraturan itu adalah dipaksakan kepada mereka oleh pihak penguasa. Adakalanya peraturan-peraturan yang dikemukakan kepada umum itu diubah suai, ditokok tambah, dikurangkan, atau dihapuskan dan kadang-kadang setelah dihapuskan, dicari-cari pula helah baru untuk dibangkitkan semula peraturan-peraturan yang telah mati itu dihidupkan semula. Seperti ‘mati hidup semula’. Puncanya kerana ia peraturan-peraturan yang dicipta oleh akal dan tindakan-tindakan manusia yang hidup. Berbeza dengan syariat yang telah dikanunkan oleh Allah s.w.t. melalui Al-Quran, yang telah dilafaz dan praktikkan oleh Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. berkesan, diikuti oleh para sahabat dan dilanjutkan kanun-kanun tersebut oleh pewaris-pewaris kenabian.

Peraturan-peraturan itu pula dibahagikan kepada dua;


Pertama, peraturan yang telah ditentukan selepas berdirinya negara Madinah,

Kedua, peraturan yang dicipta oleh manusia untuk menyelesaikan masalah-masalah kemasyarakatan yang berbangkit.


Peraturan-peraturan yang telah ditentukan sejak tertubuhnya negara Madinah itu seperti kehidupan, jodoh pertemuan, rezeki, masa hadapan dan perundangan. Perkara-perkara tersebut kadang kalanya dicabar oleh manusia kerana apabila kesesatan telah mengatasi akalnya, dilanggarnya peraturan-peraturan itu kerana pejuang-pejuang Daulah Islamiyah belum menguatkuasakan peraturan-peraturan tersebut.

Peraturan-peraturan yang dicipta adalah yang berkaitan kehidupan semasa masyarakat dalam sesuatu wilayah taklukan yang perkembangan-perkembangannya senentiasa segar menurut keperluan penguatkuasaan yang memimpin negara bangsa. Masalah-masalah terkini dan keadaan-keadaan semasa yang wajar ditangani secara tuntas bagi menjulang martabat umat.

Bagi memudahkan pencerahan disediakan perbandingan ringkas tentang peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh anak-anak bangsa bagi menjulang martabat negara bangsanya,  antaranya;


Perkara
Zakat
GST
Lain-lain cukai
Cukai
Cukai tahunan
Semasa
Bermacam-macam termasuk fi dan denda
Peratusan
2.5% setahun
6% setiap transaksi
Mengikut yang diaktakan
Jumlah haulnya
Selepas tempoh 354 hari
Setiap saat
Selepas tempoh 365 hari
Sasarannya
Muslimin
Umum
Mereka yang berkaitan dalam aktiviti
Barangannya
Tertentu
Semua barangan perkhidmatan
Bayaran, perkhidmatan dan cukai
Manfaatnya
Diberkati
Cukai negara
Hasil negara daripada pelbagai sumber
Hukumannya
Belum dikuatkuasakan secara   mutlak
Dikuatkuasakan dengan penguatkuasaan
Dikuatkuasa dengan penguatkuasaan
Senarai cukai
Dikenal pasti
Barangan dan perkhidmatan (GST)
Banyak, antaranya; Gajian, tanah, niaga
Penguatkuasaan
Sejak negara Madinah ditubuhkan
1 April 2015
Tertubuhnya negara bangsa

  





No comments:

Post a Comment