Saturday, 28 November 2015

BENARKAH MH370 DISEDUT OLEH JIN LAUTAN HINDI KERANA SARAT DENGAN DUIT?



Jin tidak pernah berfikir tentang keduniaan terutamanya yang berkaitan kehidupan. Apatah lagi mendajal melepaskan duit-duitan melayang-layang entah terbang ke pelbagai arah. Jauh sekali menyedut duit-duit awam yang tiada faedah baginya.  Jin-jin itu juga tidak akan bersekongkol untuk menyedut-nyedut duit walaupun ia mudah dipaling-palingkan daripada pandangan kerana tangan-tangan ghaib licik bermain catur. Ia kilas seperti gerakan catur-catur sehingga ternganga golongan dajal hampir-hampir mengalir air liur tercenggang melihat pemain-pemain itu.

Barangkali kerana para pemain mahir mendajal bermain silap mata dan memalingkan perhatian awam daripada menumpukan gerak-geri tangan-tangan mereka yang lembut dan bibir-bibir yang berbisikan dengan penuh kerisauan.

Sesungguhnya pejuang-pejuang Daulah Islamiyah masih ‘memanaskan badan’ dan apabila tiba saat yang ditunggu-tunggu mereka akan membadai laluan-laluan yang dirempuhnya itu untuk menegakkan kebenaran supaya golongan kedajalan memahami bahawa kehidupan itu senentiasa berubah-ubah dari saat ke saat sebagaimana detik-detik kehidupan senentiasa menyusut dari sehari ke sehari.

Dalam teori tentang masa bahawa setiap detik itu adalah berharga. Ia tidak boleh dikembalikan lagi jika ia telah berlalu walaupun sedetik, seminit, apatah lagi sehari, seminggu, atau berbulan dan tahun. Ia terasa seperti biasa sahaja dan masih sama tetapi sebenarnya suasananya telah berubah, kejadiannya telah bertukar, pertumbuhannya menurut kitaran dan suasananya berbeza-beza. Perasaan dan akalpun turut sama merasa.

Beruntunglah mereka yang menjadikan Islam sebagai kehidupan kerana dapat melihatnya daripada sumber kebenaran.

Umat Islam yang dilahirkan dengan kebenaran tidak akan berbohong, menipu masyarakat, menyorok MH370 dan memaling-malingkan cerita sebenar untuk pengetahuan dan perkongsian bersama.


Kehidupan perlu kepada ketelusan supaya duit-duit tidak hilang melayang-layang.





No comments:

Post a Comment