Monday, 11 January 2016

PERSAINGAN SIHAT DALAM PEMBANGUNAN UNIVERSITI



Awal tahun 2016 adalah tahun akhir kepada tahun kambing yang menurut Feng Shui adalah tahun bertuah, walaupun ekonomi negara agak merudum pada tempoh tersebut tetapi Feng Shui kata tahun 2015 adalah bertuah. 

Pada 7 Februari 2016 tahun bertuah itu akan berakhir dan digantikan pula dengan Tahun Monyet Api. Jika tahun 2015 dikenali sebagai tahun bertuah, barangkali tahun 2016 dikenali sebagai tahun api yang membawa maksud energi yang kuat, semangat yang membara, azam yang besar dengan tekad yang padu untuk mencapai prestasi yang meyakinkan; cemerlang. 

Serentetan itu, segala keupayaan dan kemampuan akan digemblengkan demi untuk kepentingan pasangan,  keluarga dan anak-anak supaya berterusan sukses.


Pepatah Cina menyatakan:

“Semakin ke atas monyet memanjat pohon, maka Anda akan semakin jelas melihat pantatnya.”

Ertinya:

“Jika mereka menggunakan semua energi dan bakat mereka, maka mereka akan semakin sukses dan popular.”


Sewajarnya apabila universiti awam diberi kebebasan melakukan urusniaga, maka MAS sebelum dimuziumkan wajar diberi kebebasan dalam urusniaganya. Peniaga-peniaga yang berdaya saing senentiasa melihat keuntungan masa hadapan itu dengan melihat peluang-peluang yang ada pada hari ini.

---------------


UNIVERSITI AWAM PERLU SEDIA CARI DANA SENDIRI


Universiti awam perlu sedia cari dana sendiri
10 Januari 2016 12:14 AM

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Universiti awam perlu bersedia untuk mencari dana sendiri jika Kementerian Pendidikan Tinggi terlibat dengan pengubahsuaian Bajet 2016 yang akan dibentangkan dalam tempoh terdekat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ini merupakan waktu yang sesuai untuk universiti awam lebih berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) 2015-2025.

“Kita perlu bersiap sedia kerana dalam hidup ada waktu susah serta senang dan sekarang merupakan waktu yang sukar,” katanya selepas merasmikan Pameran Pendidikan The Star 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 akan dilakukan dalam tempoh terdekat ekoran harga minyak mentah dunia yang jatuh menjunam sehingga ke paras AS$31.58 setong (RM138.10).

Bajet 2016 memperuntukkan sejumlah RM13.378 bilion untuk Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu lima peratus daripada keseluruhan belanjawan berbanding RM15.785 bilion pada bajet tahun sebelumnya.

Sementara itu, Idris dalam satu kenyataan hari ini mahu semua universiti awam mengenal pasti pelajar yang menghadapi masalah kewangan supaya bantuan dapat diberikan kepada mereka.

Katanya, Pejabat Timbalan Naib Canselor dan Hal Ehwal Pelajar serta alumni universiti awam perlu melaporkan status kebajikan para pelajar berkenaan termasuk mereka yang daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Saya memahami bahawa ada pelajar yang malu ataupun tidak pasti di mana untuk mendapatkan bantuan. Ada juga yang menggunakan duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membantu keluarga,” katanya.

Beliau mengulas mengenai beberapa pelajar universiti awam yang dilaporkan terpaksa menahan lapar kerana tiada duit untuk membeli makanan sehingga memudaratkan kesihatan.

Idris berkata, kebajikan para pelajar adalah keutamaan kementerian dan institusi pengajian tinggi sejak dahulu dan telah ada tindakan yang diambil bagi meringankan beban yang dihadapi.



---------------------


Mohamed Mustafa
UNIVERSITI AWAM LEBIH KREATIF CARI DANA SENDIRI


Universiti awam lebih kreatif cari dana sendiri
11 Januari 2016 12:50 AM

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Universiti awam akan menjadi lebih berdaya saing, sekali gus meningkatkan daya kreativiti pihak pengurusan untuk terus mencari dana sendiri jika Kementerian Pendidikan Tinggi terlibat dalam pengubahsuaian Bajet 2016 yang bakal dibentangkan dalam tempoh terdekat.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, bekerja di bawah tekanan bagi meningkatkan lagi pendapatan universiti juga boleh menambah daya saing institusi pengajian awam terbabit.

“Jika disoal tentang usaha yang akan dilakukan untuk mencari dana sendiri, sebelum ini juga kami (UUM) sudah menggerakkan banyak aktiviti bagi menambah pendapatan universiti dan dijalankan sehingga hari ini sejak beberapa tahun yang lalu.

“Antara penyumbang kepada dana universiti adalah menerusi kutipan yuran, aktiviti yang dianjurkan, penyewaan aset, premis, peralatan universiti dan dibantu pula dengan perniagaan anak-anak syarikat institusi pengajian,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh semalam yang menegaskan supaya universiti awam perlu bersedia untuk mencari dana sendiri jika kementeriannya terlibat dengan pengubahsuaian Bajet 2016 nanti.

Katanya, ini merupakan waktu yang sesuai untuk universiti awam lebih berdikari dan mengurangkan kebergantungan kerajaan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau PPM (PT) 2015-2025.

Sementara itu, Mohamed Mustafa turut memberitahu, hampir semua universiti awam mempunyai anak syarikat masing-masing yang memiliki perniagaan dan berdaya saing dalam industri negara.

“Ini semua (anak syarikat) memberi pulangan untuk menanggung kos perbelanjaan universiti tanpa melanggar polisi yang ditetapkan oleh kerajaan dan secara langsung menjadikan semua pihak untuk maju ke hadapan.

“Selain itu, aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti juga mampu menambah lagi pendapatan menerusi yuran yang dikenakan terutama kepada peserta luar,” jelasnya.

Dalam pada itu, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar berkata, pihaknya akan berusaha untuk menambah bilangan pelajar pasca siswazah dan pelajar antarabangsa dalam tindakan meningkatkan pendapatan institusi terbabit.

“Bagaimanapun, pelajar bertaraf mahasiswa tidak perlu bimbang kerana mereka tidak akan terjejas dengan sebarang tindakan yang bakal diambil oleh pihak universiti kerana terikat dengan polisi kerajaan,” katanya.




No comments:

Post a Comment