Monday, 1 February 2016

MANUSIA MULIA LAGI DIMULIAKAN, JANGAN MENDAJAL MH370



Islam agama kebaikan kepada kehidupan. Kebaikan Islam yang dibina oleh manusia mulia bukan sahaja dimuliakan oleh makhluk di bumi tetapi juga oleh makhluk di langit. Mereka dimuliakan kerana mengamalkan ajaran Islam. Mereka menjadikan Islam sebagai pegangan hidup - menjadikan mereka dimuliakan. Mereka pula tidak mendungu, bersekongkol melakukan kekufuran, syirik kepada Allah s.w.t.; mendajal, dangkal, menghina agama, memperkecil-kecilkan, merancang keganasan dan mengada-adakan plot kejahatan.

Tidak puas dengan kegoblokan tersebut mereka turut merancang menyorok MH370 bagi memudahkan menyedut duit-duit amanah bangsa. Jin-jin Lautan Hindi ternganga sehingga meleleh air liur melihat kemewahan negara bangsa, keindahan panoramanya dan keharmonian penduduknya.  

Tiupan angin Laut China Selatan dan hembusan angin Selat Melaka membawa bersamanya angin sepoi-sepoi bahasa dihadang oleh golongan dajal untuk sampai tiupan nyaman itu untuk dihirup oleh anak-anak watan.

Tangan-tangan gatal ghaib berterusan beraksi di pentas kehidupan berselindungan dengan kegelapan malam 8 Mac 2014 menghilangan pesawat tercanggih kerana ada isyarat-isyarat kedajalan di sana.
Allahu Akhbar.


“Ya Allah Ya Tuhan kami,
Engkau hindari kami daripada dajal-dajal yang bertopengkan manusia
Engkau tunjukkan kami kebaikan-kebaikan sebagaimana
Engkau tetapkan peredaran matahari dan bulan menurut paksi-paksinya,
Engkau lahirkan dalam diri kami manusia bersifat mulia lagi dimuliakan
Amin Ya Rabbal Alamin.”


Apabila Amerika mendajal, jangan ikut perangai yang buruk itu, ikutilah perangai yang baik-baik; yang membina minda, membangun dan merancang ekonomi berdaya saing, hebat, membuat kerja-kerja kebajikan, merangka sesuatu yang akan diingati sebagi mercu negara bangsa dan menjulang martabat umat.

Manusia yang ikhlas dalam hidupnya senentiasa menjadikan Islam sebagai amalan hidup, Islam sebagai kawan yang membina kehidupan, tidak melakukan makar-makar dan onar-onar membaling batu sembunyi tangan, mempergunakan Islam untuk merosakkan Islam dan kepentingan umum.

Menjadilah manusia dikenang sepanjang zaman dan bukan manusia yang disumpah menjadi kera.

Ingat! Jangan mendajal.

Lihat dan perhatikan senarai penumpang-penumpang MH370 yang hilang daripada imbasan radar golongan dungu-dungu kerana Allah s.w.t. akan mendungukan akal mereka sebabnya Amerika melambai-lambai MH370.


Penumpang-penumpang MH370 adalah;
Malaysia (12) anak kapal
Malaysia (38)
China (153)
Australia (tujuh)
Indonesia (tujuh)
Amerika Syarikat (tiga)
Perancis (tiga)
Kanada (dua)
New Zealand (dua)
Ukraine (dua)
Austria (satu)
Belanda (satu)
Itali (satu)
Rusia (satu)

Taiwan (satu) 


No comments:

Post a Comment