Wednesday, 3 February 2016

TIDAK MENGHAMBA & MEMBEBAN MANUSIA





Tidak Menghamba & Membeban Manusia      

Posted on Tuesday, January 12 @ 10:15:20 MYT by paktam

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


“Dollar Amerika itu kertas kosong barangkali, bukan kertas yang ada sandaran, dia tipu kita. Di Malaysia nak ikut pula, nak masuk TPPA, perjanjian perdagangan dengan Amerika. Amerika merudum, kita merudum sama. Sekarang, mereka takut kepada Islam. Islam bangkit semula.

“TPPA kita tidak setuju, perjanjian perdagangan dengan kuasa-kuasa besar kononnya untuk meningkatkan ekonomi kita. Saya sebut contoh yang ringkas sahaja. Bila buat perjanjian TPPA ini, tanpa sempadan.

“Contohnya, jagung, orang kita di Batu Pahat, tanam jagung berapa ekar? Setengah ekar, suku ekar. Orang Amerika tanam jagung berapa ekar? 100 ribu ekar tanam jagung. Dengan teknologi yang canggih, dia tanam seribu ekar jagung. Kita tanam setengah ekar jagung.

“Bila tidak ada sempadan, dia bawa masuk jagung dia, dia jual 5 sen sebiji. Kita tanam setengah ekar, jual 5 sen sebiji, mati. Ini dia, contoh yang paling dekat. Belum lagi kontraktor, belum lagi kereta Malaysia, belum lagi macam-macam,” ujarnya pada program Nadwah Pemerkasaan Duat (Nekad) 11.0 di Parit Haji Salleh Ros, di sini 19 Disember lalu.


TUAN GURU PRESIDEN PAS
DATO SERI HJ ABDUL HADI AWANG



No comments:

Post a Comment