Thursday, 17 March 2016

PEPERANGAN KUALITI VS. KUANTITI, BAGAIMANA?



Peperangan Bukanlah Satu Permainan Nombor, Tetapi Apa?


BY HUMAYRA


Saya sangat tertarik dengan infografik ini. Ianya adalah contoh yang baik apabila kita bercakap mengenai KUALITI vs. KUANTITI.

Dan semestinya ia juga tertakluk kepada perancangan yang baik, ilmu tentang keadaan muka bumi dan sumber alam, komander yang bijak mengubah strategi dan tentera-tentera yang berani, taat dan berjiwa besar.

Sangat menarik untuk dikupas mengenai intipati yang perlu ada pada seorang tentera.

Jika sebelum ini kita selalu memperbincangkan mengenai General atau Komander hebat serta taktik pertempuran hebat, kita mungkin terlepas pandang bahawa semua itu tidak akan berjaya tanpa memiliki barisan tentera yang sama hebatnya, keberanian, ketaatan dan kesediaan untuk berkorban.

Perang Uhud adalah contoh yang sangat baik di mana perancangan gagal kerana barisan tentera tiada ketaatan.

Pelajarannya adalah, Pemimpin yang hebat berjaya kerana yang dipimpinnya juga hebat. Tidak ada pemimpin yang hebat wujud di kalangan bawahan yang lemah..

“Seekor Singa tidak mungkin mengepalai sekawanan Babi.. Dan sekawanan Babi tak mungkin melahirkan seekor Singa.”


LIKE Laman Facebook Kami Di Sini


Nota Editor : Artikel ini dikatakan ditulis oleh Jason Bourne. Kami memetik dari sumber Facebook The Patriots




The Patriots





No comments:

Post a Comment