Tuesday, 26 July 2016

WARGA TURKI MENENTANG KUDETA/PENGGANASAN



Jeneral Amerika Syarikat, John Francis Campbell adalah penentang pengganasan yang melakukan keganasan di seluruh penjuru alam tetapi berbeza di Turki beliau adalah antara suspek perancang yang dikenalpasti memimpin kudeta seperti yang dikhabarkan oleh Media Turki – Jenderal AS ini Pemimpin Kudeta

Walau bagaimanapun kudeta itu gagal kerana warga Turki penentang kepada keganasan. Turki ramai panglima-panglima perang termasuklah bersenjatakan kayu; mantan pejuang Uthmaniyyah, nenek-nenek, orang-orang tua, ibu-ibu, bapa-bapa, anak-anak gadis, pemuda-pemuda dan semua lapisan warga Turki bangkit menentang pengganasan.

Penentangan mereka pula bukan sahaja pengganas-pengganas di dalam wilayah Turki tetapi pengganasan yang hendak melakukannya di Turki, berkomplot dan mewarnai gelagatnya dengan pelbagai ragam, namun aksinya mudah dihidu, ditumpaskan oleh warga Turki kerana mereka mengenali pengganas-pengganas, dan penentang tegar pengganasan.

Ternyata warga Turki lebih memahami persekitaran mereka berbanding dengan pengganas-pengganas yang merentas sempadan.

Jangan disebabkan di negara sendiri berlaku keganasan tetapi dieksport kepada negara lain. Menuding di sana sini kepada mereka yang tidak bersalah dan dipersalahkan, menokok tambah cerita, mereka-reka tuduhan, menceritakan kedongengan untuk dibenarkan bagi menuduh mereka yang tidak berdosa. Tolong elakkan ya.










 




 







No comments:

Post a Comment