Thursday, 2 April 2015

BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA



Bahasa Melayu telah diperjuangkan oleh masyarakat negara ini sejak sebelum kemerdekaan lagi, sama ada melalui tindakan pertuturan, pentadbiran atau penulisan dalam bahasa jawi atau rumi. Berinteraksi dalam bahasa Melayu.

Setelah merdeka kempen-kempen penggunaan bahasa Melayu tersebut diteruskan.

Anak-anak bangsa yang menjunjung bahasa jiwa bangsa pula semakin berkobar-kobar sebagai suatu identiti kepada bangsa Melayu yang kemudiannya ditukar kepada bahasa Malaysia yang berdaulat kerana sifatnya kemajmukan, kepelbagaian budaya.

Setelah masa berlalu; kehidupan telah mendewasakan, perayaan saban tahun dirayakan, generasi merdeka semakin pupus dan generasi pasca kemerdekaan mendominasi pentadbiran dan politik negara bangsa, maka bahasa Melayu yang menjadi tonggak negara ini seperti sedang mencari identitinya. 

Kata muktamadnya masih terawang-awang, dalam praktikalnya sama ada menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. 




Termasuklah dalam temuramah dan sidang akhbar yang kesemua penuturnya berbahasa Malaysia kecuali jika penggunaan istilah-istilahnya ada persamaan atau berkaitan dengan perbincangan, itu satu isu yang berbeza.

Atau mempromosikan pula bahasa Arab, bahasa Perancis, bahasa Rusia, bahasa Mandarin atau bahasa Tamil atau bahasa Benggali.

Barangkali kerana ia ada kaitan dengan tahun kambing 2015. 

Menurut pakar Feng Shui tahun 2015 adalah tahun bertuah. 

Selepas ini kita ingin melihat tuah-tuah tersebut menjadi realiti dan bukannya ilusi-ilusi kehidupan.

Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan bangsa.


-------------------------




Posted on Saturday, March 21 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
  

MAHKAMAH memang telah mengambil langkah bagi mendaulatkan Bahasa Melayu di mahkamah sekalipun ia tidak begitu progresif.
     
Dalam keadaan  mengesot dan merangkak, sehingga ke pentadbiran Tun Hussein Onn, ia hampir terpakai sepenuhnya, hinggalah tiba ke pertengahan pentadbiran Dr. Mahathir, timbul isu generasi selepas merdeka sudah tidak menguasai bahasa Inggeris.

Maka macam-macam langkah diambil bagi memertabatkan semula penggunaan bahasa Inggeris, antaranya ialah melupakan tumpuan menggunakan bahasa Melayu dalam banyak tempat, tinggallah ia  sebagai bahasa sidang Parlimen dan Dun.
      
Jadilah ia bahasa yang dilupakan. Bila ia akan dimartabatkan sebagai kehendak perlembagaan, mungkin tunggu kucing bertanduk.


Pentadbiran . . .







No comments:

Post a Comment