11 Mei 2015 4:12
AM
ISLAMABAD 10 Mei
- Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr. Hasrul Sani Mujtabar
berkata, helikopter yang dinaikinya berpusing-pusing sebelum terhempas dalam
nahas udara di Gilgit, kelmarin.
Beliau yang
cedera dalam kejadian itu berkata, perjalanan ke Gilgit pada mulanya berjalan
lancar, namun keadaan berubah apabila helikopter yang dinaikinya itu mahu
mendarat di lapangan terbang di sana .
“Beberapa minit
selepas tiba di lapangan terbang Gilgit, helikopter itu berpusing-pusing
sebelum terhempas.
“Saya nampak
juruterbang terbunuh. Ada
yang meninggal dunia di tempat kejadian, ada yang berjaya menyelamatkan diri,
tetapi kebakaran merebak dengan cepat sehingga asap memenuhi helikopter,’’
katanya.
Helikopter yang
dinaiki Hasrul merupakan antara tiga buah helikopter membawa diplomat asing
bagi memeriksa projek-projek di wilayah tersebut dalam rangka lawatan tiga
hari.
Keterangan
diplomat-diplomat termasuk Malaysia ,
Argentina , dan Belanda
disiarkan oleh Tentera Udara Pakistan
semalam yang mengesahkan kejadian itu merupakan satu kemalangan, bukannya
perbuatan keganasan.
Duta Argentina ke Pakistan , Rodolfo Martin berkata,
kejadian itu bukan berpunca daripada serangan pengganas, tetapi merupakan satu
kemalangan yang berpunca daripada masalah teknikal helikopter.
Duta Belanda ke Pakistan ,
Marcel de Vink pula berkata, beliau berasa bertuah kerana terselamat dalam
kejadian itu.
“Saya masih
ingat kami berpusing-pusing di udara dan bersedia untuk berdepan apa juga
kemungkinan termasuk terhempas. Apabila saya buka mata, saya nampak asap dan
letupan, jadi saya rasa sangat bertuah,’’ katanya. – AFP
No comments:
Post a Comment