Isteri
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
maut
Helikopter
tentera Pakistan
bawa diplomat asing terhempas
SHARAIMEI SHAIK
AHMEDULLAH DAN
SITI
ROHAIZAH ZAINAL | 09 Mei 2015 2:04 AM
DETIK AKHIR Dr.
HASRUL SANI MUJTABAR (empat dari kiri) dan isteri, Habibah Mahmud (tiga dari
kiri) ketika dalam helikopter tentera Pakistan .
PUTRAJAYA 8 Mei
- Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan di Islamabad, Datin Habibah
Mahmud maut selepas sebuah helikopter tentera Pakistan yang membawa diplomat
asing terhempas di kawasan Lembah Naltar, Pakistan awal pagi ini.
Menurut
Kementerian Luar, nahas tersebut turut mengorbankan tiga lagi diplomat asing iaitu
Duta Besar Norway, dan Filipina, terma- suk isteri Duta Besar Indonesia.
“Pesuruhjaya
Tinggi Malaysia
ke Pakistan di Islamabad, Datuk Dr. Hasrul Sani Mujtabar dilaporkan cedera
dalam kejadian tersebut dan sedang dirawat di Hospital Gilgit.
“Helikopter
tersebut sedang membawa diplomat-diplomat asing dan isteri mereka dalam rangka
satu program rasmi kerajaan Pakistan ,”
menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Menurut
kenyataan itu, punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan Suruhanjaya Tinggi
Malaysia di Islamabad sedang dalam usaha untuk mendapatkan laporan penuh
berhubung kejadian tersebut.
Tambah kenyataan
itu, Kementerian Luar turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota
keluarga mangsa-mangsa nahas tersebut.
Dalam pada itu,
AFP melaporkan helikopter terbabit terhempas di atas bangunan sekolah di utara Pakistan dan
terbakar di kawasan itu.
Menurut
jurucakap tentera Pakistan, antara yang terkorban ialah Duta Norway, Leif H.
Larsen; Duta Filipina, Domingo D. Lucenario Jr; isteri Pesuruhjaya Tinggi
Malaysia ke Pakistan, Habibah Mahmud, isteri Duta Indonesia, Heri Listyawati
Burhan Muhammad dan dua juruterbang.
Helikopter
tersebut adalah satu daripada tiga buah helikopter yang digunakan bagi membawa
diplomat asing dalam lawatan tiga hari ke wilayah Gilgit-Baltisan.
Duta Poland , Andrzej
Ananiczo- lish dan Duta Belanda, Marcel de Vink turut mengalami kecederaan
dalam nahas tersebut.
Perdana Menteri Pakistan , Nawaz
Sharif dalam satu kenyataan melahirkan kesedihan atas tragedi tersebut.
Beliau yang
dalam perjalanan ke wilayah tersebut berpatah balik ke Islamabad selepas mengetahui berita itu.
Berdasarkan
senarai penumpang yang diperoleh AFP, Duta Indonesia, Lebanon, Belanda,
Romania, Norway, Afrika Selatan, Filipina, Poland dan Hasrul Sani dijadual
menaiki helikopter tersebut.
“Ini merupakan
penerbangan yang membawa rombongan diplomatik asing dari 37 buah negara,” ujar
seorang penumpang yang enggan dikenali.
Penumpang
tersebut berkata, delegasi itu sepatutnya menggunakan empat buah helikopter
tetapi kemudian dikurangkan menjadi tiga buah sahaja.
Kumpulan militan
Taliban Pakistan mendakwa
bertanggungjawab menembak jatuh helikopter itu dan menjadikan Perdana Menteri Pakistan , Nawaz
Sharif sebagai sasaran menggunakan peluru anti-pesawat.
Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/isteri-pesuruhjaya-tinggi-malaysia-maut-1.89732
No comments:
Post a Comment