Saturday, 16 May 2015

PAS HENDAKLAH AGRESIF SEBAGAI ARAS MENJULANG MARTABAT UMAT



PAS, untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara yang penuh dengan khazanah kekayaan itu, sama ada di peringkat kebangsaan atau negeri, parlimen atau dun, kepimpinan yang menerajuinya wajar bersikap agresif supaya permainan golongan dajal sukar untuk mengusiknya manakala masyarakat meyakini ketrampilan mereka kerana masa itu amat dekat sedangkan perancangan-perancangan dajal menggunakan helah untuk mengkaut harta-harta bumi difaraidkan oleh mereka bergerak aktif dirancang secara teliti melalui 'percambahan minda dan silap mata'.

“Allah s.w.t. akan membantu kepimpinan PAS bukan sahaja di peringkat kebangsaan atau negeri tetapi di mana-mana sahaja peringkat bagi menangani perkara-perkara yang berlaku dalam pengurusan negara termasuklah yang melibatkan kebanjiran warganegara luar yang berbondong-bondong datang ke negara ini untuk mendapatkan suaka politik, untuk kelansungan kehidupan dan mengambil peluang di atas kelalaian menjulang martabat umat.”

Mereka pula berdatangan sama ada melalui laluan pemeriksaan sah Imigresen; pencari pekerjaan dan pelajar-pelajar atau mereka yang mencuri masuk melalui jalan laut, melalui jalan-jalan tikus sepanjang sempadan serta dijemput dengan tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan.

Akhirnya kehidupan yang selesa sewajarnya dirasai oleh masyarakat disedut oleh golongan dajal kerana pakatan merudumkan martabat umat.

Maka melambai-lambailah MH370 yang dicari kosong-kosong.


--------------------


PAS Setuju Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang

-http://www.malaysia-today.net/pas-setuju-wan-azizah-jadi-ketua-pembangkang/

Maka termeterailah Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen Malaysia walhal sebelum ini PAS begitu keras dan lantang menolak pencalonan Wan Azizah hatta sebagai calon PRK. Ketua Pembangkang adalah bayangan kepada Perdana Menteri daripada parti memerintah. Apakah Wan Azizah setara dengan portfolio itu? Apakah TGHH selaku Presiden PAS tidak layak?

Kita bukan hendak memperlekehkan Presiden PAS atau PAS itu sendiri. Tetapi di manakah duduk letaknya Presiden dan PAS dalam PR? Di manakah kredibiliti PAS dalam menangani isu kepimpinan? Hal ini tidak berlaku kepada UMNO yang kita mahu digantikan dengan PAS. Adakah PAS sudah bersedia? Jika dalam hal sekecil perlantikan Ketua Pembangkang pun PAS tidak mampu apatah lagi hal memimpin negara? Dan bukan ini sahaja.

Beberapa faktor seperti di bawah juga harus dilihat:


1) Adakah PAS boleh mendominasi mana-mana pakatan yang disertainya dan menjadi rujukan untuk menyelesaikan permasalahan yang berbangkit?

2) Tidak dinafikan PAS amat menitik beratkan agenda akhirat. Tetapi setakat manakah PAS dalam menjuarai agenda-agenda dan isu-isu yang berbangkit soal dunia?

3) Di manakah duduk letaknya PAS dalam menangani pengaruh Kapitalis dan Globalisasi?

4) Setakat manakah kemampuan PAS dalam mengjuarai urusan korporat dan teknokrat?

5) Apakah PAS dengan jelas menyatakan wawasannya tentang dunia dan akhirat?

6) Mampukah PAS berdepan dengan cabaran dan desakan daripada US/Zionis dan sekutunya? Apakah PAS mempunyai pelan geopolitiknya yang tersendiri?

7) Adakah PAS daripada pemimpin sampai ke akar umbi konsisten dengan agenda parti dan dasar perjuangan?


Perkara-perkara di atas adalah amat penting untuk mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi yang juga akan memudahkan kerja-kerja ibadah dan agenda akhirat yang menjadi objektif utama PAS. Melainkan PAS hanya mahu jadi Pak Turut. Apakah PAS sudah bersedia? Atau apakah PAS masih diawan-awangan belum bersedia dan DAP/PKR dilihat lebih bersedia?

Kita tidak mahu PAS hanya menjadi rakan dalam pakatan untuk meramaikan ceramah atau hanya untuk kerahan tenaga berguling di tengah jalan atau hanya untuk menaikkan bendera. Kita mahu PAS menggantikan UMNO. Dan yang lebih utama kita tidak mahu PAS hanya dijadikan alat semata-mata untuk mengutip undi yang akhirnya jika ditakdirkan PR menang atau dapat memerintah agenda PAS dan segalanya ditendang begitu sahaja.










No comments:

Post a Comment