PAS, untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara yang penuh dengan
khazanah kekayaan itu, sama ada di peringkat kebangsaan atau negeri, parlimen atau dun, kepimpinan
yang menerajuinya wajar bersikap agresif supaya permainan golongan dajal sukar
untuk mengusiknya manakala masyarakat meyakini ketrampilan mereka kerana masa itu
amat dekat sedangkan perancangan-perancangan dajal menggunakan helah untuk
mengkaut harta-harta bumi difaraidkan oleh mereka bergerak aktif
dirancang secara teliti melalui 'percambahan minda dan silap mata'.
“Allah s.w.t. akan membantu
kepimpinan PAS bukan sahaja di peringkat kebangsaan atau negeri tetapi di mana-mana sahaja peringkat bagi menangani perkara-perkara yang berlaku dalam pengurusan
negara termasuklah yang melibatkan kebanjiran warganegara luar yang
berbondong-bondong datang ke negara ini untuk mendapatkan suaka politik, untuk kelansungan
kehidupan dan mengambil peluang di atas kelalaian menjulang martabat umat.”
Mereka pula berdatangan sama ada melalui laluan pemeriksaan sah Imigresen;
pencari pekerjaan dan pelajar-pelajar atau mereka yang mencuri masuk melalui
jalan laut, melalui jalan-jalan tikus sepanjang sempadan serta dijemput dengan
tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan.
Akhirnya kehidupan yang selesa sewajarnya dirasai oleh masyarakat
disedut oleh golongan dajal kerana pakatan merudumkan martabat umat.
Maka melambai-lambailah MH370 yang dicari kosong-kosong.
--------------------
PAS Setuju Wan Azizah Jadi
Ketua Pembangkang
-http://www.malaysia-today.net/pas-setuju-wan-azizah-jadi-ketua-pembangkang/
Maka termeterailah Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen Malaysia walhal
sebelum ini PAS begitu keras dan lantang menolak pencalonan Wan Azizah hatta
sebagai calon PRK. Ketua Pembangkang adalah bayangan kepada Perdana Menteri
daripada parti memerintah. Apakah Wan Azizah setara dengan portfolio itu? Apakah
TGHH selaku Presiden PAS tidak layak?
Kita bukan hendak memperlekehkan Presiden PAS atau PAS itu sendiri.
Tetapi di manakah duduk letaknya Presiden dan PAS dalam PR? Di manakah
kredibiliti PAS dalam menangani isu kepimpinan? Hal ini tidak berlaku kepada UMNO
yang kita mahu digantikan dengan PAS. Adakah PAS sudah bersedia? Jika dalam hal
sekecil perlantikan Ketua Pembangkang pun PAS tidak mampu apatah lagi hal
memimpin negara? Dan bukan ini sahaja.
Beberapa faktor seperti di bawah juga harus dilihat:
1) Adakah PAS boleh mendominasi mana-mana pakatan
yang disertainya dan menjadi rujukan untuk menyelesaikan permasalahan yang
berbangkit?
2) Tidak dinafikan PAS amat menitik beratkan
agenda akhirat. Tetapi setakat manakah PAS dalam menjuarai agenda-agenda dan isu-isu yang
berbangkit soal dunia?
3) Di
manakah duduk letaknya PAS dalam menangani pengaruh Kapitalis dan Globalisasi?
4) Setakat manakah kemampuan PAS dalam mengjuarai
urusan korporat dan teknokrat?
5) Apakah
PAS dengan jelas menyatakan wawasannya tentang dunia dan akhirat?
6) Mampukah PAS berdepan dengan cabaran dan
desakan daripada US/Zionis dan sekutunya? Apakah PAS mempunyai pelan geopolitiknya
yang tersendiri?
7) Adakah
PAS daripada pemimpin sampai ke akar umbi konsisten dengan agenda parti dan
dasar perjuangan?
Perkara-perkara di atas adalah amat penting untuk mewujudkan kestabilan
politik dan ekonomi yang juga akan memudahkan kerja-kerja ibadah dan agenda
akhirat yang menjadi objektif utama PAS. Melainkan PAS hanya mahu jadi Pak Turut.
Apakah PAS sudah bersedia? Atau apakah PAS masih diawan-awangan belum bersedia
dan DAP/PKR dilihat lebih bersedia?
Kita tidak mahu PAS hanya menjadi rakan dalam pakatan untuk meramaikan
ceramah atau hanya untuk kerahan tenaga berguling di tengah jalan atau hanya
untuk menaikkan bendera. Kita mahu PAS menggantikan UMNO. Dan yang lebih utama
kita tidak mahu PAS hanya dijadikan alat semata-mata untuk mengutip undi yang
akhirnya jika ditakdirkan PR menang atau dapat memerintah agenda PAS dan
segalanya ditendang begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment