Tuesday, 26 May 2015

PENDIRIAN HADI PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN DAP



Pendirian Hadi putuskan hubungan dengan DAP

Keputusan berdasarkan penelitian dan kajian – Ahmad

OLEH MOHD. HAFIZ ABB. MUTALIB (UTUSANKELANTAN@UTUSAN.COM.MY)  |  24 Mei 2015 1:15 AM

KOTA BHARU 23 Mei - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob memberi gambaran bersetuju dengan pendirian Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersedia memutuskan hubungan dengan DAP.
  
Pada masa Ahmad yang juga Menteri Besar turut menyifatkan pendirian Pre­siden itu adalah berdasarkan penelitian dan kajian yang telah dilakukannya terlebih dahulu.

Beliau ber­kata, Abdul Hadi berkemungkinan telah mela­ku­kan penelitian serta proses yang panjang mengenainya sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Berkemungkinan dia (Addul Hadi) telah memikirkan atau membuat kajian yang panjang sebelum memutuskan perkara itu (sedia putus hubungan dengan DAP).

"Apa-apa pun keputusan kita tunggu muktamar nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar Sosio Budaya Antara Kaum Siam dan India di Balai Islam, Lundang di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas ke­nyataan Abdul Hadi semalam yang bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP ekoran tindak-tanduk pemimpin parti itu yang mahu membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan Pas dan PKR

Abdul Hadi pada masa sama secara tegas turut menolak hasrat DAP untuk membentuk Kabinet bayangannya sendiri sekiranya pakatan pembangkang berjaya me­nguasai Putrajaya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan, Lim Guan Eng memberi gambaran untuk memerintah negara secara bersendirian sekiranya me­nguasai Putrajaya apabila membentuk Kabinet bayangan sendiri terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti itu.

Langkah itu disifatkan satu peng­hinaan kepada Pas apabila Guan Eng memaklumkan keputusan itu dibuat kerana parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Abdul Hadi.
  







No comments:

Post a Comment