Wednesday, 13 May 2015

TALIBAN DEDAH VIDEO TEMBAK HELIKOPTER



Taliban dedah video tembak helikopter

12 Mei 2015 1:42 AM

ISLAMABAD 11 Mei – Rangkaian pengganas Taliban, Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), hari ini mengaku bertanggungjawab menembak helikopter yang mengorbankan isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud bersama lima yang lain, baru-baru ini.

Laman web Greater Kashmir melaporkan, dakwaan itu dinyatakan dalam satu video yang memaparkan anggota TPP menunjukkan cara bagaimana mereka menembak helikopter jenis Mi-17 tersebut menggunakan pelancar roket SAM-7 B.

Video tersebut turut memaparkan kenyataan militan TPP yang ditulis dalam bahasa Urdu yang menyatakan, helikopter ditembak di bahagian ekor sehingga menyebabkannya berpusing dan tidak musnah sepenuh di udara.
  
TPP mendakwa, serangan dilancarkan pada jarak kira-kira tiga kilometer dari kedudukan helikopter berkenaan.

Dalam serangan yang dilancarkan Jumaat lalu, sebuah helikopter tentera Pakistan yang membawa diplomat asing terhempas di wilayah Gilgit-Baltistan sehingga mengorbankan enam orang terma­suk Duta Norway dan Filipina serta isteri kepada Duta Malaysia dan Indonesia.
  
Jurucakap TPP, Muhammad Kho­rasani berkata, pihaknya bertanggungjawab melancarkan serangan yang pada asalnya disasarkan terhadap Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif.

“Helikopter ditembak dengan menggunakan roket antipesawat sehingga menyebabkan juruterbang dan banyak duta luar negara terkorban.

“Kumpulan khas TPP telah merangka rancangan untuk menyerang Nawaz, namun beliau terselamat selepas menaiki helikopter lain,” jelas Muhammad.

Bagaimanapun, tentera Pakis­tan menafikan sekeras-kerasnya kejadian tersebut mempunyai hu­bung kait dengan kegiatan pengganas atau aktiviti subversif dengan menyatakan, helikopter terhempas ekoran masalah teknikal yang dialami.





No comments:

Post a Comment