Taliban dedah
video tembak helikopter
12 Mei 2015 1:42
AM
ISLAMABAD 11 Mei
– Rangkaian pengganas Taliban, Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), hari ini mengaku
bertanggungjawab menembak helikopter yang mengorbankan isteri Pesuruhjaya
Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud bersama lima yang lain,
baru-baru ini.
Laman web
Greater Kashmir melaporkan, dakwaan itu dinyatakan dalam satu video yang memaparkan
anggota TPP menunjukkan cara bagaimana mereka menembak helikopter jenis Mi-17
tersebut menggunakan pelancar roket SAM-7 B.
Video tersebut
turut memaparkan kenyataan militan TPP yang ditulis dalam bahasa Urdu yang
menyatakan, helikopter ditembak di bahagian ekor sehingga menyebabkannya
berpusing dan tidak musnah sepenuh di udara.
TPP mendakwa,
serangan dilancarkan pada jarak kira-kira tiga kilometer dari kedudukan
helikopter berkenaan.
Dalam serangan
yang dilancarkan Jumaat lalu, sebuah helikopter tentera Pakistan yang membawa diplomat asing terhempas
di wilayah Gilgit-Baltistan sehingga mengorbankan enam orang termasuk Duta Norway dan Filipina serta isteri kepada Duta Malaysia dan Indonesia .
Jurucakap TPP,
Muhammad Khorasani berkata, pihaknya bertanggungjawab melancarkan serangan
yang pada asalnya disasarkan terhadap Perdana Menteri Pakistan , Nawaz
Sharif.
“Helikopter
ditembak dengan menggunakan roket antipesawat sehingga menyebabkan juruterbang
dan banyak duta luar negara terkorban.
“Kumpulan khas
TPP telah merangka rancangan untuk menyerang Nawaz, namun beliau terselamat
selepas menaiki helikopter lain,” jelas Muhammad.
Bagaimanapun,
tentera Pakistan
menafikan sekeras-kerasnya kejadian tersebut mempunyai hubung kait dengan
kegiatan pengganas atau aktiviti subversif dengan menyatakan, helikopter
terhempas ekoran masalah teknikal yang dialami.
No comments:
Post a Comment