Monday, 1 June 2015

ISTIMEWANYA MAYAT ROHINGYA DI MALAYSIA



Kuburan-kuburan Rohingya di Wang Kelian, Perlis, menjadi berita-berita utama dalam beberapa hari lalu sehingga menenggelam dan mengaburkan mata golongan celik tentang cerita-cerita: 

1MDB, 

MAS, MH370, MH17, 


Pengganasan Lahad Datu, 


Penculik bolos ketika perintah berkurung dikuatkuasakan,


Melebarnya kubu pertahanan China di Laut China Selatan.



Kuburan-kuburan itu pula bukan sahaja menjadi berita (viral ) tetapi sensasinya dengan menjemput pakar-pakar bedah siasat daripada Amerika Syarikat terhadap mayat-mayat wangi itu yang tanah-tanahnya segar ketika dikorek-korek semula seperti baru beberapa hari mayat-mayat itu di tanam di situ.

Itulah istimewanya mayat-mayat Rohingya tetapi mayat-mayat prajurit negara dibunuh oleh Pengganasan Lahad Datu ketika masuknya waktu salat Isyak ketika itulah mereka di tembak mati dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya pula meneruskan laungan azan untuk memanggil umat Islam datang ke masjid/surau mengerjakan salat Isyak berjemaah. 

Jahatnya Pengganasan Lahad Datu itu sehingga ditunjukkan hati prajurit tersayang dikeluarkan dari badan mereka di letakkan di atas jambatan perkampungan orang laut itu. Sempat juga Pengganasan Lahad Datu melakukan kerja-kerja dajal itu, ya.

Hebat mendajal Pengganasan Lahad Datu itu, ya.

Wahai Pengganasan Lahad Datu!

Bertaubatlah.

Mohonlah ampun kepada Allah s.w.t..

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa berita diselitkan di sana tentang cerita-cerita merudumnya MAS walaupun CEOnya diimport khas kerana ada sesuatu dicari-cari di sana. Lapangan Terbang Sungai Besi dan Lapangan Terbang Subang luas tanah-tanahnya. Kawasan di sana adalah lombong emas. Barangkali anak-anak bangsa yang berjiwa fanatik akan berhempas-pulas menjulang martabat umatnya jika diberi peluang memimpin MAS dan tidak akan ada terselit di dalam hatinya walaupun seberat zarah sifat mendajal.

Manakala Muktamar ke-61 Parti Islam SeMalaysia (PAS)  kerana parti tersebut berpotensi untuk memimpin negara bertuah ini. Jika pemimpin-pemimpin DAP berjiwa besar dan melihat potensi masa hadapan PAS/DAP nescaya mereka akan bersam-sama dan melontarkan pandangan positif berbanding dengan mengeluarkan keluhan-keluhan yang bersifat sindiran merudumkan diri.

DAP barangkali terhijab pandangan mereka untuk melihat masa hadapan yang gemilang bersama kepimpinan PAS yang sedang menjadi perhatian bukan sahaja oleh masyarakat negara ini khasnya tetapi oleh masyarakat peringkat antarabangsa amnya.

Persoalannya, mengapakah mereka (PAS) menjadi perhatian?
Ada jawapannya.

Suatu keistimewaan kepada kepimpinan PAS mereka banyak beralah daripada bertindak agresif.

Dari segi strategiknya, ia boleh diharapkan untuk menjulang martabat umat.

Semoga ia menjadi kenyataan. 








No comments:

Post a Comment