Monday, 1 June 2015

MILITAN IS BAHAYA



Militan IS bahaya

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo bersalam
dengan Ahmad Zahid Hamidi sebelum
berlepas ke Brunei dari KLIA, Sepang,
semalam. Turut kelihatan Menteri Luar,
Datuk Seri Anifah Aman. – BERNAMA
Ancaman masa depan negara, rantau ASEAN – Zahid

FARABI SHEIKH 
SAID AL JABRI  |  08 Februari 2015 1:40 AM

TELOK KEMANG 7 Feb. - Kementerian Dalam Negeri memandang serius kumpulan militan Negara Islam (IS) kerana jika tidak dibendung, ia akan menjadi ancaman berbahaya bukan sahaja di negara ini pada masa depan malah di rantau ASEAN.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, kumpulan yang tidak mencerminkan langsung ajaran Islam itu adalah satu ancaman yang besar dan jika tidak ditangani akan menggugat keselamatan negara.

“Kekhuatiran kita adalah apabila tidak ada langkah pencegahan yang dilakukan, tidak mustahil perkara ini boleh berlaku dan mengganggu ke­selamatan negara. IS ini bukan soal kita meninggal dunia untuk berjihad.

“Malah mereka yang ditahan dan pernah berjuang di sana kebanyakannya menyesali perbuatan mereka kerana apa yang dilakukan hanyalah indah khabar daripada rupa dan sebenarnya tidak ada jalan singkat ke syurga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Perbincangan Meja Bulat Dasar Keselamatan Dalam Negeri Semua Kementerian di Aka­demi Imigresen Malaysia di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim.

Pada masa yang sama, kerajaan juga melihat insiden membakar hidup-hidup seorang juruterbang warga negara Jordan yang ditahan oleh kumpulan itu sebagai tidak berperikemanusiaan sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang memalukan umat Islam.

Menyentuh isu yang sama, Ahmad Zahid juga menjelaskan, pihak kementerian menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah melakukan pemantauan mengenai kegiatan merekrut orang ramai menerusi laman sosial selain soal pembiayaan sama ada secara terbuka atau tidak.

“Kita juga telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa negara lain di rantau ASEAN dengan koordinasi dilakukan oleh Ketua Polis Negara supaya rakyat di negara ini dan negara jiran tidak dihantar ke Iraq dan Syria untuk aktviti keganasan,” katanya.

Ahmad Zahid juga menjelaskan, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak bagi Mesyua­rat Menteri-Menteri Keselamatan dan Pembanterasan Jenayah negara ASEAN (AAMTC) di Kuala Lumpur September ini.







No comments:

Post a Comment