Tuesday, 23 June 2015

LAUT CHINA SELATAN BERGELORA



Kapal MT Orkim Harmony didajalkan oleh golongan dajal yang suka mendajal. Modus operandinya sama seperti atau menurut contoh  IS-IS di Gunung Nuang, Hulu Selangor, yang dicekup oleh Bahagian Counter Keganasan Bukit Aman ketika berjoging di sana. Ia sama kerana dajal tersebut lahir di bumi yang sama.

Sebagai contoh, para IS-IS di Gunung Nuang menutup kalimah Laa (   لا    ) sehingga menjadilah kalimah suci itu menjadi songsang. Manakala Orkim Harmony di padamnya suku kata perkataan pertama  Or ditinggalkannya suku kata Kim dan perkataan Harmony dikikisnya  huruf Y, menjadilah ia Harmon. Apabila perkataan-perkataan itu dibunyi gabungkan  menjadilah ia Kim Harmon kerana  suku kata hadapan dan huruf belakangnya dikabur-kaburkan yang dapat dilihat dengan jelas ketika ditayangkan kapal yang didajalkan itu.

Pakar-pakar strategik memahami kedajalan itu kerana ada hubung kaitnya dengan  beberapa kedajalan sebelum daripadanya, antaranya:


  1. Perompak  kem tentera Grik, Perak, melarikan selori senjata canggih dalam tempoh  5 minit. Pelaku-pelakunya berkubu di tepian Sekolah Rendah Jenalek, Sauk, Perak, dengan menggali kubu penampan pada paras paha sebagai pertahanan diri, manakala batu-batu sebesar kereta berhampiran dengan kubu tersebut langsung tidak disentuh. Perampas-perampas itu pula malas bergerak ke atas Bukit Jenalek, Perak beberapa langkah dari kubu pertahanan mereka. Bukit Jenalek itu pernah dijadikan kubu-kubu pertahanan oleh pihak Komunis ketika menentang British.

  1. Pengganasan Lahad Datu mengganas membunuh prajurit negara sehingga kesan tembakan mereka samar-samar dalam kehidupan. Barangkali kerana perlakuan itu ditembak pada waktu malam ketika azan Isyak sedang dikumandangkan. Kesian mereka mati.

  1. ATM digodam sehingga RM30 juta wang tunai diserap menyerap dalam karung-karung hantu. Sebulan selepas peristiwa penyedutan itu nenek tua dibebaskan.

  1. MH370 terperosok dihujung akal. Maka pencarian fasa pertama 2015 akan berakhir Jun 2015 dan kemudian akan disambung untuk pencarian fasa kedua mulai Julai 2015. Maknanya; tahun 2015 pencariannya dua fasa dan pada tahun 2014 pencariannya juga dua fasa. Dari segi matematiknya seimbang pencariannya 2014 dan 2015.

  1. MT Orkim Harmony halimunan kerana China sedang memperkukuhkan kedudukannya di Laut China Selatan dan Amerika Syarikat senyum melihat lambaian MH370 kerana pemain-pemain import boleh beraksi di medan lapangan manakala anak-anak bangsa dibuang padang.

  1. Kes Ebola muncul di Afrika Barat ketika Israel menyerang Gaza, manakala kes Mers-CoV di Korea Selatan belum kelihatan kelibat-kelibat kaitannya. Insya Allah Ebola dan Mers-CoV tidak akan mendarat di negara-negara seperti Malaysia, Singapura dan Filipina kecuali jika Amerika Syarikat terlepas pandang tentang ‘strategik pertahanan’.


Untuk mendapatkan penjelasan tentang kes Ebola di Afrika Barat itu, bolehlah bertanya dengan Korea Utara, mereka ada jawapannya.

Istimewanya MT Orkim Harmony itu sebahagian besar kelasi-kelasinya adalah anak-anak remaja awal dua puluhan sama seperti IS-IS adalah dari kalangan remaja. Salah seorang kelasi itu pula sempat menunjuk-nunjuk memakai baju baru bercetak di belakangnya  dengan perkatan ‘Harmony’. Hebat.

Sesungguhnya Laut China Selatan bergelora kerana pengkalan tentera mula di dirikan di sana.

Tolong jangan bersekongkol dengan dajal.









No comments:

Post a Comment