Friday, 5 June 2015

MH370 KABUR-KABURAN MENYEDUT DUIT-DUTAN



Pencarian MH370 senentiasa segar dalam ingatan kerana kuburan-kuburan di Wang Kelian, Perlis, diteruskan pencariannya supaya dikenal pasti tiada lagi selepas itu kuburan-kuburan yang tidak berbatu nisan dan dikuburkan di tanah-tanah yang tidak dibenarkan oleh kerajaan. 

Selepas melalui bedah siasat maka mayat-mayat yang tiada bernama itu akan direkodkan dengan nama-nama yang ditandakan dan ditanamkan semula jasad-jasad itu di tanah perkuburan orang-orang Islam supaya dikenang sepanjang zaman. Diingati oleh waris-warisnya jika mereka masih lagi berwaris dan mengingati mayat-mayat itu.

Mayat-mayat itu pula akan diselenggarakan dengan penghormatan sebagai jenazah umat Islam. Niat ikhlas mereka mencari penghidupan di negara barakah ini tetapi sayang menemui ajalnya di bumi bertuah di Wang Kelian, Perlis.  Al-Fatihah.

Sekali sekala media masa menceritakan tentang MH370 yang dicari-cari di kawasan-kawasan yang tidak diketahui dicari di kawasan mana, yang pastinya ditekankan dan diberitahu di Lautan Hindi.  Walau bagaimanapun pencariannya diteruskan.

Anak-anak yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang didodoi dengan penuh kasih sayang melihat bahawa Allah s.w.t. berkuasa dan mengatasi kekuasaan makhluk-makhluk ciptaannya. Mereka yakin dengan berbekalkan ilmu dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Mereka tidak akan mendajal. Bersekongkol dengan penipuan. Menjadi barua kepada kepalsuaan dan berterusan dalam kejahilan. Maka kehidupan mereka berakhir dengan kepura-puraan. Manusia-manusia seumpama itu banyak diceritakan dalam ayat-ayat al-Quran.

Jika dipanjangkan umur mereka, maka segala kefasadan-kefasadan yang pernah dilakukan dan belum bertaubat, akan diceritakan dan ditunjukkan satu persatu perlakuan-perlakuan tersebut, walaupun maklumatnya kurang tepat tetapi isunya adalah sama, iaitu mendajal. 

Kehidupan ini senentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa yang penting tolong jangan mendajal.

MH370 menjadi kabur-kaburan kerana zaman menyedut duit-duitan.








No comments:

Post a Comment